Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Peribahasa

Moncong penuh oleh air,
     perut berisi batu.

Bermaksud :

Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memenuhi1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
busung airpenyakit busung kerana perut penuh air.Kamus Pelajar Edisi Kedua
senak1. berasa sesak dlm perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dll): dia mem-percepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya; 2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dll); 3. ki berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dll); 4. tergenang dan menjadi penuh (air); menyenakkan 1. menjadikan senak (perut, dada, dll), menyesakkan: waktu malam, minumlah yg saya perbanyak, sehingga ~ perut; bau ikan bakar ~ hidungnya; 2. ki mendatangkan rasa senak (pd fikiran, perasaan, dsb): timbullah rasa hiba ~ dadanya; tersenak 1. = tersenak-senak tersesak (hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata dsb), tersedu-sedu: maka ia pun menangislah dgn teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak sehingga bercucuran air mata-nya; 2. = ~ hati berasa penuh hiba, terharu; 3. tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dll): lehernya ~ hendak menangis; kesenakan, kesenak-senakan menderita senak (perut, dada, perasaan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
penuh1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan; ~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali; sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalan­kan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; memenuhkan menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan).Kamus Dewan Edisi Keempat
busung1 gembung atau besar perutnya kerana penyakit: Dia telah dimasukkan ke rumah sakit kerana menghidap penyakit ~. 2 gembung kerana penuh berisi: Sakunya ~ dgn buah langsat. 3 pasir atau tanah yg berlonggok di kuala-kuala sungai. ~ air penyakit busung kerana perut penuh air. ~ darah penyakit busung kerana tidak turun haid. ~ kencing penyakit busung kerana kantung kencing dihinggapi penyakit. ~ muka muka menjadi bengkak. membusung 1 menjadi busung atau gembung: Ikan buntal akan ~ apabila disentuh. 2 bertimbun-timbun merupakan busung: Tanah ~ di kuala-kuala sungai. membusungkan membuat menjadi busung; menggembungkan: Dia berkata-kata sambil ~ dada.Kamus Pelajar Edisi Kedua
busung1 gembung atau menjadi besar perutnya kerana penyakit: Dia telah dimasukkan ke rumah sakit kerana menghidap penyakit ~. 2 gembung kerana penuh berisi: Sakunya ~ dgn buah langsat. 3 pasir atau tanah yg berlonggok di kuala-kuala sungai. ~ air penyakit busung kerana perutnya penuh air. ~ darah penyakit busung kerana tidak turun haid. ~ kencing penyakit busung kerana kantung kencing dihinggapi penyakit. ~ muka muka menjadi bengkak. membusung 1 menjadi busung atau gembung: Ikan buntal akan ~ apabila disentuh. 2 bertimbun-timbun merupakan busung: Tanah ~ di kuala-kuala sungai. membusungkan membuat menjadi busung; menggembungkan: Dia berkata-kata sambil ~ dada.Kamus Pelajar
tersenak1. = tersenak-senak tersesak (hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata dsb), tersedu-sedu: maka ia pun menangislah dgn teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak sehingga bercucuran air mata-nya; 2. = ~ hati berasa penuh hiba, terharu; 3. tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dll): lehernya ~ hendak menangis;Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpat1 penuh sesak atau penuh berisi (ttg ruang, rongga dll); padat: Stadium Merdeka telah ~ dgn penonton. penuh ~ penuh betul. 2 tidak berongga; padu: Kayu yg berat lebih ~ drpd kayu lempung. 3 tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; suntuk akal: Akalnya menjadi ~ mendengar berita buruk itu. menumpatkan mengisi hingga penuh; memadatkan. ketumpatan 1 hal atau keadaan tumpat. 2 ist kuantiti yg di­peroleh apabila berat dibahagikan dgn isi padu. ~ bandingan kadar ketumpatan sesuatu benda berbanding dgn ke­tumpatan sesuatu benda yg standard (spt air).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pasang II1. naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lwn surut: apabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu; 2. ki semakin kuat (bkn penyakit); ~ anak air pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir) bulan; ~ bah air pasang yg mengakibatkan bah (tenggelam); ~ besar (perbani) air pasang besar pd masa bulan muda (atau penuh); ~ keling air pasang besar sekali; ~ kering air surut (timpas); ~ menyurut air pasang yg sedang naik (di laut); ~ penuh air pasang yg penuh atau besar (sebelum surut); ~ purnama air pasang tatkala bulan purnama; ~ surut a) = ~ turun air laut (sungai) surut atau turun; b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dll (bkn hasil, keadaan, dll); adat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu, di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap; ibarat ~ masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada ditahan-tahan keluarnya; kalau takut dilimbur ~, jangan berumah di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan; tidak mengenang ~ surut prb tidak memikirkan kesusahan yg mungkin terjadi pada kemudian hari; berpasang; ~ surut ada pasang surutnya: hidup tanpa jadual ini mengakibatkan pendapatan kami ~ surut.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendekatkan1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demi­kian itu ~ dia padaku; agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual dunia;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas