Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Puisi
 

Limau manis limau kasturi,
     Penuh berisi dalam dulang;
Saya senyum untuk sendiri,
     Bukan tujuan pemikat orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sumpit penuh tidak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
false bodyjasad palsuKimiaTiadaKeadaan cat yang kelihatan penuh berisi tetapi mengalami pengurangan kelikatan yang ketara apabila digoncang dan kembali kepada keadaan asalnya, sama ada dengan segera atau selepas dibiarkan seketika.

Kembali ke atas