Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.ka.ran] | ڤنوکرن

Definisi : perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan: diadakan ~ tandatangan sbg cenderamata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.ka.ran] | ڤنوکرن

Definisi : perbuatan (hal dsb) me­nukar atau menukarkan: ~ permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penukaran Ayat Biasa kepada Ayat Songsang. Soalan : Kami akan menyelesaikan masalah itu dengan kadar yang segera. Ayat Songsang : ?

Ayat yang betul ialah “Dengan kadar segera kami akan menyelesaikan masalah itu”.

Tatabahasa27.11.2023
Salam DBP, "Klik di sini untuk penukaran akaun" atau "Klik di sini untuk pertukaran akaun" Penukaran atau pertukaran?Frasa yang betul ialah "Klik di sini untuk penukaran akaun".Tatabahasa15.07.2015
Salam/ Selamat Sejahtera, 1- "Penukaran akaun semasa ..." Apakah penggunaan terma yang betul? "Penukaran" atau "pertukaran"? 2- "Di antara yang diberi penekanan ..." Apakah penggunaan terma yang betul? "Di antara" atau "antara"? 3- Objektif IFSA adalah untuk menggalakkan ..." Apakah penggunaan terma yang betul? "adalah" atau "ialah"?

Jawapan soalan puan adalah seperti yang berikut:

  1. Penukaran akaun semasa – betul; Pertukaran akaun semasa juga betul bergantung pada konteks ayat.

Penukaran merupakan perihal atau perbuatan menukar, mengubah, menggantikan. Contoh ayat: Penukaran akaun semasa perlu dibuat dengan segera sebelum 21 Mei 2014.

Pertukaran merupakan perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb. Contoh ayat: Pertukaran akaun semasa kepada akaun lain boleh dibuat di ibu pejabat.

  1. Antara perkara yang diberikan penekanan...
  2. Objektif IFSA adalah untuk menggalakkan...
Tatabahasa20.05.2014
1. Bila perlu guna perkataan penukaran dan pertukaran 2. Ejaan pengwujudan yang betul

1.  Penggunaan setiap kata perlu bersesuaian dengan maksudnya; penukaran merujuk perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), contohnya: diadakan penukaran tandatangan sebagai cenderamata; manakala pertukaran merujuk perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya, contohnya: sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki pertukaran dari satu jenis ke satu jenis yang lain.

2.  Ejaan yang betul ialah pewujudan.

Tatabahasa14.01.2011
1.Penukaran ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud ini betul? Contohnya, Emak memasak ikan di dapur. Ayat Pasif:Ikan dimasak oleh ibu di dapur ATAU Ikan di dapur dimasak oleh ibu.(Yang manakah betul dan sesuai). 2. Adakah 'pada' diperlukan untuk menyatakan hari atau masa? Contohnya, Hari Isnin, saya pergi ke sekolah. ATAU Pada hari Isnin, saya pergi ke sekolah. Terdapat sesetengah buku rujukan yang memaklumkan kata 'pada' diperlukan dalam ayat yang menyatakan hari atau masa. Jika tidak, ayat ini dikatakan salah dari segi penggunaan tatabahasa, adakah benar?1. Ayat Aktif - Emak memasak ikan di dapur.
    Ayat Pasif - Ikan dimasak oleh ibu di dapur. 

2. Pada ialah kata sendi nama yang menunjukkan keterangan tempat atau masa, seperti Pada hari Isnin, saya pergi ke sekolah atau Saya bermain bola pada waktu petang. 

Tatabahasa07.03.2016
As Salamu Alaikum Warahamtullah, Apakah perbezaan kata terbitan merasa dan berasa? Apakah perbezaan kata terbitan pertukaran dan penukaran? APakah kata dasar bagi pertukaran dan penukaran? Terima kasih

Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan  perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya.

Pertukaran dan penukaran, kedua-duanya kata terbitan daripada kata tukar. Pertukaran bermaksud perbuatan atau hal bertukar; atau disebut juga per­gantian seperti contoh ayat: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit; manakala penukaran ialah perbuatan menukar atau menukarkan seperti contoh ayat:  Penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit.

Tatabahasa03.02.2011
Persoalan tentang penukaran ayat aktif ke ayat pasif Soalan: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong. Jawapan: a. Timun dipotong oleh nenek Azli di atas papan pemotong b. Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. Adakah jawapan-jawapan yang diberikan betul? Sekian, terima kasih.Ayat aktif: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong.
Ayat pasif: Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. 
Tatabahasa19.03.2022
Persoalan tentang penukaran ayat aktif kepada ayat pasif. Adakah jawapan yang diberikan betul? 1. Dua orang pekerja sedang memasang penyaman udara di rumah Abu. Jawapan : Penyaman udara sedang dipasang oleh dua orang pekerja di rumah Abu.Jawapan ayat pasif yang diberikan adalah betul.Tatabahasa04.07.2015
pertukaran atau penukaran ?Pertukaran ialah perbuatan atau hal bertukar, per­gantian, perubahan, dsb bertukar-tukar(melibatkan sesuatu yang baru). Contoh ayat, pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. Penukaran pula ialah perbuatan (hal dsb) me­nukar atau menukarkan. Contoh ayat, penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit.Makna03.02.2010
Mohon bantuan berkenaan penggunaan penukaran atau pertukaran. 1. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan untuk membuat pertukaran buku akaun kepada kad akaun atau 2. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, 

(i) pertukaran
perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit.

(ii)penukaran

perbuatan (hal) me­nukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

Maka ayat yang betul ialah "Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun."
Tatabahasa06.02.2018
1234

Kembali ke atas