Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.kul] | ڤنوکول

Definisi : pemukul (kecil), martil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.kul] | ڤنوکول

Definisi : alat utk memantakkan paku dll; pemukul kecil: ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penukul

Peribahasa

Bagai pahat,
     tidak ditukul tidak makan.

Bermaksud :

Bekerja hanya kalau diperintah. (Bandingkan dengan: Seperti pahat dengan penukul).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah makna "seperti pahat dengan penukul" 1. orang yang hanya bekerja pabila disuruh, atau 2. bantu-membantu satu sama lain hal ini kerana timbul kekeliruan makna. sekian terima kasihSeperti pahat dengan penukul bermaksud satu sama lain bantu-membantu.

Tatabahasa05.04.2013
Maaf, saya menghadapi keliruan apabila mencari maksud seperti pahat dengan penukul. Dalam khidmat nasihat tuan ditulis orang yang hanya bekerja apabila disuruh atau diperintah pada tahun 2010 tetapi satu sama lain bantu-membantu pada tahun 2013. Harap tuan boleh bantu untuk memberi penerangan.Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi kedua (Abdullah Hussain), Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan bermaksud bekerja hanya kalau diperintah. Seperti pahat dengan penukul bermaksud satu sama lain bantu-membantu. Sekian, terima kasih.Tatabahasa09.08.2018
Apa maksud sebenar perumpamaan seperti pahat dengan penukul?Sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pahat&d=11 untuk mendapatkan maksud peribahasa yang tersebut.Makna19.06.2013
saya keliru dengan makna perumpamaan 'seperti pahat dengan penukul'. sama ada maknanya 'satu sama lain bantu-membantu' atau 'orang yg hanya bekerja apabila diperintah'. makna yang mana tepat bagi perumpamaan tersebut?

Puan Norsazila,

Makan perumpamaan yang betul ialah orang yang hanya bekerja apabila disuruh atau diperintah.

Tatabahasa30.03.2010
Salam sejahtera tuan, soalan saya adalah seperti berikut. 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. Adakah terpikat oleh betul? ataupun terpikat dengan lebih sesuai dalam ayat ini? 2) Adakah maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' bantu-membantu antara satu sama lain? 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Adakah tahu bahawaw betul? 4) Yang turut hadir di majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. Adakah ayat ini betul? 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. Adakah ayat ini betul? 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? Adakah ayat ini betul? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? Adakah ayat ini betul? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.

Contoh ayat berikut betul: 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 4) Yang turut hadir dalam majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti.  2) Maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' ialah bantu-membantu antara satu sama lain, juga betul.  

Tatabahasa14.08.2021

Kembali ke atas