Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.lis] | ڤنوليس

Definisi : 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.lis] | ڤنوليس

Definisi : 1 orang yg menulis. 2 pengarang sesuatu hasil sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
di manakah saya boleh mendapatkan senarai lengkap maklumat penulis-penulis india di malaysia dan hasil karya mereka?Senarai lengkap maklumat penulis-penulis India di Malaysia dan hasil karya mereka, boleh di rujuk melalui Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), di alamat No. 27, Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sdr. boleh layari e-mel dan blog Kavyan: uthayasb@yahoo.com.my dan www.uthayasb.blogspot.com serta no telefon bimbit: 016 - 3288142 dan 012 - 3368142. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya.    Lain-lain25.05.2010
Apakah maksud penulis muda ? Adakah penulis yang baru menulis ? atau adakah penulis yang telah melibatkan diri mereka sejak tahun 90-an hingga sekarang ?

Penulis muda dikategorikan mengikut hasil karyanya. Sekiranya seseorang penulis sentiasa menghasilkan karya untuk golongan muda, maka penulis itu dianggap penulis muda. Penulis yang baru menulis tidak semestinya bergelar penulis muda jika karyanya untuk pembaca umum dewasa. Jadi, penulis yang berkarya semenjak tahun 1990-an dianggap penulis muda jika karyanya sentiasa untuk golongan muda. 

Lain-lain05.05.2008
salam, 1. bagaimanakah untuk saya menghubungi penulis-penulis seperti A. samad Said, Zaharah Zawawi dan Jamilah Alias?

Waalaikumusalam wbk. Alamat perhubungan bagi tiga orang penulis yang diperlukan iaitu:

1.   SN Datuk A. Samad Said, Lot 4-9-6, Pangsapuri Bangsar Utama, 59100 Kuala Lumpur.

2.   Zaharah Nawawi, No. 53, Jalan USJ 4/1F, UEP, Subang Jaya, 47600 Petaling Jaya, Selangor D/Ehsan.

      Alamat e-mel beliau ialah nemoku@tm.net.my.  

3.  Jamilah Alias, No 8 - 3C, KM 1, Jalan Simpang 3, 45800 Jeram, Selangor D/Ehsan.

Dalam hal ini, pada kebiasaannya no telefon penulis di atas tidak dapat disertakan kerana tidak mendapat keizinan daripada penulis tersebut.

 Sekian, teima kasih dan wassalam.

Lain-lain26.06.2010
Tuan, saya sedang mencari karya dan tulisan penulis-penulis agung Melayu zaman dahulu kala seperti Prof. Hamka. Di manakah boleh saya mendapati buku-buku seperti ini? Adakah DBP mempunyai buku-buku tersebut?Buku karya Prof. Hamka dan karyawan lain juga boleh dibaca di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Puan boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (keahlian perpustakaan) dan di Pusat Dokumentasi Melayu anda boleh membuat rujukan dan pinjaman bahan.Lain-lain10.08.2014
Bagaimana menulis quote atau petikan yang diambil daripada al-Quran, sunnah atau penulis-penulis tersohor? Adakah perlu diletakkan pembuka kata dan penutup kata? Atau tanda petik tunggal?Tanda petik ("...") digunakan untuk mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Oleh itu, petikan tersebut perlu diletak tanda yang berikut " ... ".Ejaan27.02.2017
Cikgu, samakah maksud "kata keterangan" dengan "kata adverba"? Jika sama maksud, mengapakah penulis-penulis Tatabahasa Dewan tidak menggunakan istilah "kata keterangan" berbanding dengan "kata adverba"? "Kata keterangan" frasa Melayu, manakala kata "adverba" dalam frasa "kata adverba" pinjaman daripada bahasa Inggeris. Sedangkan kita ada frasa Melayu sendiri, mengapakah Tatabahasa Dewan tidak memakai istilah frasa Melayu itu? Mengapakah mesti memilih frasa "kata adverba" yang merupakan pinjaman daripada bahasa Inggeris?Unsur keterangan tidak sama dengan kata adverba. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi dan unsur ini juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 289 dan 399.Tatabahasa27.02.2015
saya ingin mendapat koleksi sajak dari penyair-penyair kelantan dan biodata mereka

Sila merujuk bahan ini :

Sempadan abadi : antologi puisi Persatuan Penulis-penulis Kelantan

Direktoti Penulis Kelantan

Lain-lain23.12.2008
Aliah Mohd Salleh Sila hantar info ejaan bahasa Melayu yang betul di fB saya untuk pengetahuan orang ramai khususnya penulis -penulis .Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Puan Aliah boleh terus muat-turun daripada FB DBP dengan klik pada paparan Lembar Bahasa dan Peka Bahasa, kemudian klik pada options dan pilih download. Jadi, puan tidak akan terlepas semua koleksi tersebut. Harap maklum. Sekian.Lain-lain08.05.2014
Boleh saya tahu bagaimana cara hendak menerbitkan antologi puisi melalui DBP? Apakah terma dan syarat?Penerbitan antologi puisi melalui DBP: 1. Minimum 100 buah puisi atau 100-200 halaman manuskrip. 2. Melibatkan beberapa orang penulis. Penulis tidak melebihi 20 orang, bagi memudahkan urusan pembahagian royalti. 3. Penulisan puisi berdasarkan tema tertentu atau bebas. 4. Terdapat seorang penyelenggara manuskrip untuk mengumpulkan semua puisi. Penyelenggara juga perlu ada karya puisi bagi melayakkan nama beliau di kulit buku dan prakata. 5. Prakata daripda penyelenggara. 6. Hantar manuskrip yang telah lengkap melalui alamat : Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.11.2019
Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut:
1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.
2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti.
3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah.
5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan  keselamatan diri mereka sendiri.
6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara.
Tatabahasa06.10.2014
12345678910...

Kembali ke atas