Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.li.san] | ڤنوليسن

Definisi : perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.li.san] | ڤنوليسن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menulis atau mengarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ecriture femininepenulisan femininKesusasteraanTiadaBentuk penulisan yang bersifat feminin tanpa mengambil kira penulisnya lelaki atau wanita. Penulisan feminin berbeza dengan penulisan maskulin dari segi bahasa atau wacana maskulin. Menurut pandangan ahli teori Ecriture Feminine, iaitu Helene Cixous, Viginia Woolf, Luce Irigaray, dan Julia Kristeva, tubuh dan pengalaman wanita menjadi rangsangan untuk penulisan feminin. Penulisan ini bersumberkan prabahasa manusia yang bersifat kreatif, terbuka, anjal dan pelbagai. Namun penulisan feminin sukar dihasilkan kerana dominasi wacana maskulin yang bersifat rasional, terarah, tegar, dan tertutup. Penulisan feminin dikenali juga sebagai penulisan wanita.
cosmopolitan writingpenulisan kosmopolitanKesusasteraanTiadaBentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud �dunia atau alam semesta� dan politicos bermaksud �rakyat�.
ecritureecritureKesusasteraanTiadaPenulisan yang diberikan keutamaan berbanding dengan pengucapan. Sesuatu bentuk penulisan sama ada wacana, konteks sosial, politik dan linguistik semuanya membentuk makna. Dalam kesusasteraan, penulisan mempunyai empat makna seperti yang berikut: (a) penulisan sebagai gaya yang membentuk pandangan hidup dan bukan sesuatu yang neutral (b) penulisan sebagai aktiviti yang merujuk ke dalam diri, dan tidak di luar diri (c) penulisan sebagai difference, iaitu sesuatu yang maknanya sentiasa tertangguh dan berbeza (d) penulisan sebagai ecriture feminine, iaitu penulisan khusus tentang wanita yang bersifat gender. Ecriture berasal daripada perkataan Perancis bererti �penulisan� tetapi pengkritik sastera kurang gemar menggunakan perkataan ini kerana mereka berasa maksudnya kurang tepat.
creative writingpenulisan kreatif-TiadaSebarang penulisan selain bentuk penulisan profesional, pelaporan, akademik dan teknikal.
backgroundersmaklumat latarKomunikasiKorporatPenulisan yang disediakan dan terdapat dalam kit media. Penulisan ini boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk, seperti laporan, rencana, dan penulisan kritikan. Contoh kandungan penulisan maklumat latar ialah sejarah organisasi, laporan penyelidikan, laporan pemasaran, dan maklumat mendalam mengenai sesuatu acara atau majlis yang diurus oleh organisasi. Penyediaan maklumat latar dalam bentuk ini memudahkan pengguna untuk memahami organisasi atau sesuatu peristiwa. Bahan ini disediakan dalam pelbagai bentuk dan rekaan, seperti lembar, siaran berita, risalah, majalah tahunan, dan terbitan lain yang dianggap membantu meningkatkan kefahaman khalayak terhadap organisasi. Pada peringkat awal, pendekatan menggunakan maklumat latar ini adalah untuk menyebarkan maklumat kepada media. Kemudian, kaedah ini digunakan sebagai alat perhubungan awam untuk menyebarkan maklumat kepada pelawat, orang yang berkepentingan, dan pihak awam.
belleslettersbelleslettersKesusasteraanTiadaSeni penulisan yang menggunakan bahasa indah dan berbeza dengan penulisan saintifik atau penulisan falsafah.
new journalismjurnalisme baruKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak Minta (1967).
chroniclekronikelKesusasteraanTiadaBentuk penulisan sejarah awal yang umumnya mengandungi rekod tentang peristiwa yang berlaku dalam tempoh masa tertentu. Penulisan kronikel bermula sejak zaman Roman dan berkembang di Perancis dan Great Britain. Contoh kronikel yang penting ditemui dalam karya King Alfred berjudul Anglo-Saxon Chronicle. Karya ini meriwayatkan sejarah England dari awal (60 SM) hingga pertengahan abad ke-12. Kronikel wujud dalam bentuk prosa dan puisi. Di Nusantara, klonikel dikenali dengan nama babad atau tersilas. Sebagau suatu bentuk penulisan sejarah yang awal, kronikel memperlihatkan percampuran antara fakta degan unsur, bukannya fakta seperti legenda atau mitos. Penulis klonikel cenderung untuk menggunakan maklumat yang diperoleh tanpa menitikberatkan kebenaran maklumat tersebut berbanding dengan peristiwa atau fakta sejarah yang benar. Susunan peristiwa dalam klonikel bertujuan memuatkan rekod tentang peristiwa dan kurang penekanan terhadap interpretasi atau analisis terhadap peristiwa tersebut. Penulisan kronikel mula terhapus dalam tradisi pensejarahan sastera Melayu apabila penulisan berbentuk biografi, autobiografi, memoir, diari dan buku catatan pelayaran atau pengembaraan mula wujud dan berkembang. Penulisan bentuk ini mendapat tempat sebagai suatu kaedah penulisan sejarah. Dalam tradisi pensejarahan Melayu, penulisan klonikel umumnya dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah atau historiografi Melayu yang dihasilkan oleh sasterawan dan sejarawan istana Melayu pada zaman silam. Antara karya klonikel yang terkenal ialah Hikayat Raja Pasai (Pasai), Sejarah Melayu (Melaka), Merong Mahawangsa (Kedah), Misa Melayu (Perak) dan Tuhfat al-Nafis (Riau). Dalam sastera Arab, karya kronikel ditemui dalam al-Suluk oleh al-Maqrizi. Lihat juga catatan sejarah.
grand styleadigayaKesusasteraanTiadaGaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola.
grand styleadigayaKesusasteraanTiadaGaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola.
12345678910...

Kembali ke atas