Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penumpuk


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penumpuk(accumulator)1. Daftar khas yang nombornya dijumlahkan atau diolah secara pengiraan atau logik. 2. Daftar simpanan sementara bagi data yang berasal dari ingatan atau peranti luar sebelum data tersebut dipindahkan ke kedudukan ingatan atau peranti luar yang lain.Kamus Komputer
pengendalian tambah(add operation)Pengerjaan suruhan yang menambahkan nombor yang berada dalam daftar atau kedudukan ingatan kepada nombor yang berada dalam penumpuk. Hasil penambahan biasanya akan diletakkan pada kedudukan ingatan selepas kedudukan nombor tambahan atau ditinggalkan dalam penumpuk, bergantung kepada jenis suruhan tambah yang digunakan.Kamus Komputer
bit bawa(carry bit)Sel dalam daftar taraf pemproses utama yang akan bernilai logik 1 jika kerja penambahan satu nombor kepada kandungan penumpuk menghasilkan bawaan.Kamus Komputer
pembanding alamat(address comparator)Peranti yang mengesahkan alamat yang dibaca adalah sama dengan alamat rujukan dengan membandingkan kedua-dua alamat. Alamat rujukan ini terdapat dalam penumpuk atau daftar khas. Pemproses dengan itu boleh mengimbas ruang ingatan sehingga kedudukan yang ingin dicapai ditemui.Kamus Komputer
bit limpahan(overflow bit)Bit taraf atau bendera dalam daftar taraf pemproses yang akan bernilai logik 1 jika pengendalian terakhir yang dijalankan melebihi had saiz penumpuk atau daftar yang memegang kendalian.Kamus Komputer

Kembali ke atas