Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nung.gang] | ڤنوڠݢڠ

Definisi : orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nung.gang] | ڤنوڠݢڠ

Definisi : orang yg me­nunggang atau yg menunggangi: ~-~ basikal sudah bersedia utk memulakan perlumbaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penunggang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SMYTHE, PAT

Smythe, Pat (1928–1996) membuktikan dirinya

sebagai salah seorang ahli menunggang kuda

wanita dan penunggang pertandingan lompat kuda

yang terbaik di United Kingdom (UK). Pada tahun

1949, dia meraih gelaran penunggang

pertandingan lompat kuda tahun tersebut. Pada

tahun 1962, dia memenangi Saddle of Honour

di Pertandingan Lompat Kuda Diraja Antarabangsa.

Pat Smythe lahir di East Sheen, Surrey. Dia mula

menunggang kuda ketika berusia empat tahun. Dia

memenangi beberapa roset dengan menunggang

Finality dalam Pertandingan Lompat Kuda

Antarabangsa di Stadium White City; London pada

tahun 1947. Ketika itu dia berusia 18 tahun. Kudanya

yang lain termasuklah Tosca, Prince Hal dan

Flanagan. Pada tahun 1963, dia berkahwin dan

menggunakan nama Patricia Rosemary Koechlin.

UMUM 
SARKAS

Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang

menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis

trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih

haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih

memainkan peranan penting dalam kebanyakan

sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu

menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan

sementara kumpulan pancaragam dan penghibur

dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi

warna-warni dan keseronokan.

UMUM 
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
ASH'ATH IBN QAYS, AL-

Ash‘ath ibn Qays, al- ( ?–40 H./ ?–661 M.) ialah

pemerintah di daerah Kindah pada zaman jahiliah

dan awal Islam. Dia digelar al-Ash‘ath kerana

rambutnya yang tidak terurus. Dia menemui Nabi

Muhammad s.a.w. pada tahun ke-10 Hijrah

bersama rombongan penunggang kuda yang

terdiri daripada 70 orang penduduk Kindah.

UMUM 
PELANA

PELANA, lapik atau alas tempat duduk di atas belakang binatang tunggangan seperti kuda, keldai, sapi, kerbau dan unta.  Pelana digunakan untuk keselesaan penunggang.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas