Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nun.ju/] | ڤنونجوق

Definisi : 1. alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: ~ jangka suhu maksimum atau minimum dibuat drpd kaca atau keluli; 2. orang yg menunjuk atau menunjukkan: mahukah kamu menjadi ~ jalan kpd kami? 3. sesuatu yg digunakan sbg panduan (utk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan: kpd pihak inilah saya mengharap agar sanggup mengakui kesalahan-kesalahan yg telah lalu utk menjadi peringatan dan ~ utk masa hadapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nun.ju/] | ڤنونجوق

Definisi : 1 alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: jarum ~ kelajuan. 2 orang yg menunjuk atau menunjukkan. ~ jalan a. orang yg menunjukkan jalan; mualim. b. tanda panah utk menunjukkan jalan. ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penunjuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
redox indicatorpenunjuk redoksKimiaKimia AnalisisBahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji.
turn and bank indicatorpenunjuk belok dan miringAeroangkasaTiadaSatu alat yang menggabungkan fungsi penunjuk belokan dan penunjuk gelincir sisi.
indicatorpenunjukKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Alat yang digunakan untuk mendapatkan gambar rajah perubahan tekanan-isi padu atau tekanan-masa, perubahan dalam enjin stim dan juga enjin omboh ketika kitar ker. 2. Carta yang dilukiskan gambar rajah penunjuk menggunakan penunjuk enjin yang menyurih gambar rajah kitar prestasi sebenar ketika enjin beroperasi.
universal indicatorpenunjuk semestaKimiaTiadaCampuran bahan pewarna penunjuk yang menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar. Penunjuk semesta lazimnya mengandungi metil jingga, metil merah, bromotimol biru dan fenolftalein yang masing-masing bertukar kepada warna jingga, kuning, hijau, biru dan ungu antara nilai pH 3 – 10. Penunjuk ini terdapat dalam bentuk cecair atau kertas uji.
relative addressingpengalamatan relatifKejuruteraanTiadaSuatu kaedah pengalamatan ingatan apabila maklumat yang dikehendaki ditentukan lokasinya dengan menambah jarak dari suatu penunjuk kepada penunjuk itu. [KC]
rate of climb indicatorpenunjuk kadar kenaikanKejuruteraanTiadaPeranti yang digunakan untuk menunjukkan perubahan kedudukan tegak pesawat udara dengan membandingkan tekanan udara luar sebenar dengan isi padu rujukan. Sinonim: penunjuk kadar penurunan penunjuk laju tegak.
indicator constantpemalar penunjukKimiaKimia AnalisisPemalar penguraian penunjuk asid (HIn) dalam larutan akueus. Pemalar penunjuk adalah seperti yang berikut:
adsorption indicatorpenunjuk penjerapanKimiaKimia AnalisisPenunjuk yang digunakan untuk mengesan sedikit kelebihan bahan atau ion di dalam larutan. Apabila penunjuk ini dijerap, mendakan (bahan atau ion) akan menjadi berwarna.
indicator paperkertas penunjukKimiaTiadaKertas turas yang ditepukan dengan larutan penunjuk dan kemudian dikeringkan. Kertas penunjuk digunakan untuk mengesan kehadiran sebatian trtentu berdasarkan pertukaran warna. Misalnya, kertas litmus.
oil pressure indicatorpenunjuk tekanan minyakKejuruteraan AutomotifEnjinPenunjuk pada papan pemuka yang memberi panduan dan amaran kepada pemandu berkenaan tentang keadaan tekanan minyak pelincir. Penunjuk ini boleh berupa sama ada lampu amaran, tolok elektronik, paparan graf bar atau digital. Tekanan minyak biasanya dalam julat 100 kPa hingga 520 kPa yang dijanakan oleh pam minyak untuk mengalirkan minyak dalam sistem pelinciran. Apabila tekanan minyak terlalu rendah, lampu amaran akan menyala.
12345678910...

Kembali ke atas