Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nun.tut] | ڤنونتوت

Definisi : 1. orang yg menuntut (perkara), pendakwa: ~ takhta; 2. orang yg belajar (mencari ilmu), murid, pelajar: ~ sekolah menengah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nun.tut] | ڤنونتوت

Definisi : 1 orang yg menuntut; pendakwa. 2 orang yg sedang belajar; pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntut
Kata Terbitan : menuntut, tuntutan, penuntut,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan anatara penggunaan demi dengan untuk?Kata sendi nama "demi" membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kestabilan negara. Kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.Tatabahasa10.10.2019
Assalamualaikum. Penuntut ilmu agama Islam memberi (hadiah/sumbangkan/ sedekah) ilmu kepada orang jahil. Ketiga-tiga perkataan boleh digunakan?Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat perbezaan dan persamaan makna antara ketiga-tiga perkataan tersebut. Kami mencadangkan ayat tersebut diubah (tetapi mengekalkan amksudnya) menjadi "orang yang berilmu bertanggungjawab mengajarkan ilmu yang dipelajarinya kepada orang lain".Tatabahasa21.04.2014
Kepada yang dihormati, Dalam penggunaan kata, apakah perbezaan antara penggunaan perkataan ("demi", "untuk", dan "bagi") dan ("agar" dan "supaya")? Terima kasih atas bantuan anda. ElwinKata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia Mesti bersatu demi kestabilan Negara. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.Tatabahasa01.06.2015
Tuan,mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata , " demi dan untuk", "agar dan supaya", " tentang dan mengenai". Sekian terima kasih.1. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia Mesti bersatu demi kestabilan Negara. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
2. Agar dan supaya boleh bertukar ganti penggunaannya.
3. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. Selain itu, sebagai makluman saudara juga, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai dan mengenai dengan. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.
Tatabahasa23.05.2013
yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf"yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf" 
Ayat yang betul ialah "Majlis perpisahan untuk tiga orang staf". Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; "Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sahaja".  Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama "untuk" sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Dalam penggunaan yang demikian, "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi". Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu).
Tatabahasa23.01.2014
apakah beza untuk dan demi cikgu saya cakap beza mereka ialah abstrak dan konkrit jika belakang ialah konkrit guna untuk jika belakang ialah abstrak guna demi betul tak demi belakang boleh diletakkan kata kerja?

Kata sendi nama “demi” bertugas membawa makna tujuan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya Anggota tentera sanggup berkorban “demi kesejahteraan negara. Manakala kata sendi nama "untuk"  digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan makna (i) menunjukkan kegunaan sesuatu, (ii) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya: Asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibinadan  Ayah membeli kereta untuk ibu”. Berdasarkan kedua-dua contoh ayat di atas kata sendi nama “untuk” tidak boleh bertukar ganti dengan “demi”. Selepas kata “demi” boleh dikuti dengan kata kerja contohnya “Demi menjaga kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu”. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 276 – 277).

Tatabahasa21.10.2021
Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'bagi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya untuk menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Kata sendi nama "demi" yang lebih tepat digunakan dalam konteks ayat-ayat tersebut. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 - 278.Tatabahasa22.05.2013
Salam tuan DPB. Apakah kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam ayat ini? Di samping menyedari bahawa ilmu yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan ilmu yang menyuluh kehidupan manusia,para penuntut yang mengikuti kem motivasi itu sisedarkan juga bahawa menuntut ilmu adalah ibadat jika adanya niat dan tujuan yang benar. Ayat yang betul : Di samping (para penuntut) (telah) menyedari bahawa ilmu(lah) yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan ilmu(lah) yang menyuluh kehidupan manusia, para penuntut yang mengikuti kem motivasi itu disedarkan juga bahawa menuntut ilmu ialah ibadat jika ada/terdapat niat dan tujuan yang benar.​Ayat yang betul ialah Di samping para penuntut menyedari bahawa ilmulah yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan ilmu juga yang menyuluh kehidupan manusia, mereka yang mengikuti kem motivasi itu disedarkan juga bahawa menuntut ilmu ialah ibadat jika niat dan tujuan mereka betul.Tatabahasa24.11.2020
1. Adakah perkataan 'pelajar' membawa maksud jamak? 2. Perkataan yang manakah betul? a) memperkembangkan b) memperkembang terima kasihKamus Dewan menakrifkan pelajar sebagai orang yang belajar, seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya. Lazimnya murid di sekolah dan penuntut di maktab adalah ramai bilangannya. Oleh itu, berdasarkan makna tersebut pelajar menunjukkan seorang atau ramai.Makna23.07.2009
As Salam ! Apakah perbezaan pengunaan kata ganda pelajar-pelajar dan murid-murid ?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).   Murid pula bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada perbezaan yang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi penggunaan, perkataan "murid-murid" biasanya digunakan untuk pelajar sekolah, dan tidak digunakan untuk pelajar peringkat pengajian tinggi. Makna03.04.2012
12345

Kembali ke atas