Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menular1 berjangkit atau merebak (ttg penyakit atau benih penyakit): Penyakit anjing gila mudah ~. 2 ki merebak ke merata-rata (ttg sesuatu yg kurang baik).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tular; menular 1 berjangkit atau merebak (ttg penyakit atau benih penyakit): Penyakit anjing gila mudah ~. 2 ki merebak ke merata-rata (ttg sesuatu yg kurang baik). menulari berjangkit pd; menjangkiti: Penyakit taun yg ~ penduduk-penduduk di situ belum dpt dihapuskan lagi. menularkan menjadikan menular; menyebabkan berjangkit; menjangkitkan. ketularan kena penyakit menular. penularan perihal menular, menulari atau menu­larkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hawar1 = penyakit ~ penyakit menular (spt taun, kepialu) yg menyerang manusia, binatang ternakan atau tumbuh-tumbuhan. 2 kejadian diserang penyakit yg menular (merebak) dgn cepat di kalangan penduduk dsb di sesuatu kawasan; wabak: Tindakan segera telah diambil utk mencegah ~ penyakit itu drpd merebak lebih luas lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tular; menular 1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit): penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~ kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan men­dapat sambutan;menulari menular kpd, berjangkit kpd, menjangkiti: penyakit malaria yg ~ penduduk kawasan luar bandar masih belum dapat dihapuskan lagi; menularkan menjadikan menular, merebak­kan, menjangkitkan: ada antara kita yg secara sedar atau tidak sedar telah mena­nam­kan dan ~ keresahan sesama manusia; ketularan dihinggapi penyakit menular, kejangkitan; penularan perihal menular (menulari, menularkan): ~ krisis itu hanya berkisar antara beberapa orang anggota yg tertentu; penular agen (spt serangga dsb) yg menular­kan penyakit dsb: serangga itu berperanan sbg ~ penyakit.Kamus Dewan Edisi Keempat
menular1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit): penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~ kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan men­dapat sambutan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rebak/rébak/; merebak 1 menjalar atau menular (bkn penyakit): Penyakit cacar mudah ~. 2 tersiar ke merata-rata (bkn berita dsb): Berita itu telah ~ ke mana-mana. 3 berjangkit (bkn api, peperangan dll); meluas: Peperangan di Vietnam diharapkan tidak akan ~ ke negara-negara Asean. merebakkan menyebabkan merebak; menjangkit­kan. perebakan perbuatan, hal dsb me­rebak atau merebakkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
borat IKl merebak (penyakit dll), menjalar.Kamus Dewan Edisi Keempat
merebak1 menjalar atau menular (bkn penyakit): Penyakit cacar mudah ~. 2 tersiar ke merata-rata (bkn berita dsb): Berita itu telah ~ ke mana-mana. 3 berjangkit (bkn api, peperangan dll); meluas: Peperangan di Vietnam diharapkan tidak akan ~ ke negara-negara Asean.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hawar1. penyakit yg merebak (pd binatang ter­nak­an, tumbuh-tumbuhan): ~ kentang; ~ ayam; 2. penyakit yg merebak (menular) pd manusia, wabak (spt taun, kepialu, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
jangkit; berjangkit, menjangkit 1. ber­pin­dah drpd seorang kpd seorang, menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2. mengikut (tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya; berjangkitan dijangkiti (penyakit, perangai, dll); keberjangkitan perihal berjangkit; menjangkiti menulari, merebak kpd: kami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai; menjangkitkan menularkan, merebakkan: ~ penyakit dgn jalan menyuntik; terjangkit dihinggapi penyakit dsb, di­jangkiti, kejangkitan: umbai yg ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu ke­adaan yg diketahui sbg radang umbai; jangkitan kejadian (penyakit dsb) ber­jangkit; kejangkitan dihinggapi penyakit (yg ber­jangkit), ketularan: dia takut ~ penyakit itu kalau bergaul dgn mereka yg berpenyakit; penjangkitan perihal (perbuatan, proses, dsb) menjangkit: ~ penyakit itu tidak berhasil; sudah cukup utk menyebabkan ~ yg parah hingga boleh merugikan petani; perjangkitan perihal berjangkit; penjangkit yg menyebabkan berlakunya jang­kitan, yg menyebabkan penjangkitan: nyamuk-nyamuk ~ penyakit ini mempunyai tempat biak yg tersendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas