Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.tuan] | ڤڽاتوان

Definisi : perihal menyatukan: ~ semula negeri Jerman masih lagi merupakan satu masalah yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.tuan] | ڤڽاتوان

Definisi : proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
karyogamykariogamiPerubatanTiadaPenyatuan sel selepas penyatuan nukleus.
karyogamykariogamiKejuruteraanTiadaPenyatuan sel selepas penyatuan nukleus.
amalgamationpenggabunganSains PolitikPolitik PerbandinganPenyatuan beberapa persatuan, organisasi atau badan sosial ke dalam satu badan yang lebih besar dan kukuh. Penyatuan ini dibentuk bagi menjaga kepentingan bersama dan bermatlamatkan untuk mencapai objektif yang sepunya. Contohnya, pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 merupakan ekoran daripada penyatuan beberapa persatuan Melayu seperti Persatuan Anak Negeri Kedah, Persatuan Anak Negeri Johor dan Persatuan Anak Negeri Selangor untuk menentang gagasan Malayan Union. Sinonim gabungan.
congeneric mergerpenyatuan serumpuanPentadbiranTiadaPenyatuan dua firma yang mempunyai kegiatan yang berkaitan, secara menegak atau mendatar.
amalgamationpencantuman; penyatuan; penggabunganSejarahTiada2. Penyatuan: Proses menyatukan atau menggabungkan sesuatu persatuan, pertubuhan atau negeri.
mergerpenyatuanPengurusanPerancanganPenubuhan sebuah entiti organisasi yang baharu hasil daripada persetujuan penggabungan antara dua atau lebih organisasi. Tujuan penyatuan dilakukan adalah untuk mengukuhkan kedudukan perniagaan dalam pasaran dari segi kekuatan dalam persaingan dan meningkatkan kecekapan operasi. Entiti organisasi ini lazimnya akan membawa kepada pewujudan satu nama baharu.
horizontal integrationintegrasi mendatarPengurusanPerancanganStrategi integrasi melalui aktiviti pengambilalihan atau penyatuan satu atau lebih organisasi pesaing dalam industri yang sama. Aktiviti pengambilalihan atau penyatuan tersebut akan mengurangkan bilangan pesaing serta boleh membawa kepada penerokaan pasaran baharu. Contohnya, sebuah bank mengambil alih pemilikan sebuah bank lain, yang juga merupakan pesaingnya di pasaran. Lihat juga strategi integrasi, pengambilalihan, penyatuan, integrasi menegak.
annihilationmusnah habisFizikAtom dan NuklearPemusnahan zarah akibat penyatuan antara zarah dengan antizarahnya dengan membebaskan tenaga sinaran. Contohnya, penyatuan antara positron dengan elektron menghasilkan dua foton sinaran gama dengan tenaga 0.511 MeV.
oosporous funguskulat oosporaBiologiMikologiKulat yang mempunyai oospora yang terbentuk melalui penyatuan dua sel seks yang tidak sama, seperti penyatuan telur dan sperma yang terjadi pada kulat kelas Oomycetes.
reunionpenyatuan semulaFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas