Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN

Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan

antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat

teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam

bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah

pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada

Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia,

Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan

Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan

Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea,

Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau,

Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan

Samoa Barat.

UMUM 
SANGER, MARGARET

Sanger, Margaret (1883–1966) ialah pemimpin

wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika

Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu

penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di

Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang.

Sanger percaya bahawa orang perempuan

sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan

sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai

persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang

perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang

tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan

yang kemudiannya menjadi Persekutuan

Keibubapaan Terancang Amerika (Planned

Parenthood Federation of America), iaitu organisasi

kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger

mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya

diken ali sebagai keibuan sukarela .

UMUM 
SISTEM PENYIARAN MALAYSIA

SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia.  Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran.  Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an.  Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PENGKOMPUTERAN BAHASA

PENGKOMPUTERAN BAHASA, proses menggunakan komputer untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran bahasa.  Pengkomputeran bahasa atau pemprosesan bahasa ialah istilah yang digunakan untuk menamakan secara umum semua proses yang menggunakan komputer bagi semua perkara yang berkait dengan bahasa, sama ada untuk penyelidikan bahasa itu sendiri secara in situ ataupun untuk tujuan menggunakannya sebagai alat.  Dalam penyelidikan bahasa misalnya, komputer dapat digunakan untuk menimba maklumat-maklumat linguistik seperti maklumat morfologi, sintaksis dan sebagainya.  Contohnya komputer boleh digunakan dalam sistem penterjemahan berkomputer, sistem kajian penulisan berkomputer dan sistem kamus elektronik.

BAHASASistem

Kembali ke atas