Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ledakan maklumatpenyebaran maklumat, data dan sebagainya yang banyak secara cepat dan pesat yang mengakibatkan kesukaran untuk mengawalnyaKamus DBP versi dalam Talian
teknologi maklumatteknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem­prosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
teknologi maklumatteknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik;Kamus Dewan Edisi Keempat
teknologi maklumat dan komunikasiteknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi;Kamus Dewan Edisi Keempat
pendokumenan(documentation)Penyampaian pengurusan dan perhubungan maklumat. Pendokumenan melibatkan pembinaan, pengumpulan, pengurusan, dan penyebaran maklumat yang terdapat dalam dokumen.Kamus Komputer
sistem maklumat(information system)Sistem yang berkaitan dengan pengumpulan, pemasukan, penyimpanan, pemprosesan, pengeluaran, dan penyebaran maklumat.Kamus Komputer
teknologi/téknologi/ ilmu ttg cara mencipta barang-barang dlm per­usahaan, spt bangunan, jen­tera. ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem­prosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik. ~ maklumat dan komunikasi teknologi maklumat me­lalui penggunaan komputer dan dlm bidang telekomunikasi. berteknologi mempunyai teknologi: kenderaan ~ tinggi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
teknologi(téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita; 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg ber-kaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masya-rakat ~ tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tapis I1. alat utk menapis; 2. bp menapis; bertapis (telah) ditapis: air yg belum ~;menapis 1. menuras dgn saringan (barang yg cair spt minyak, air minum, dll), men­ya­ring: air yg digunakan di situ telah diber­sihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah; 2. meneliti serta memilih-milih (utk mengasingkan yg dikehendaki drpd yg tidak dikehendaki), menyaring: ia perlu ~ maklumat yg berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yg dapat diterima; tapisan 1. sesuatu yg sudah ditapis, hasil drpd menapis; 2. = penapis alat utk menapis se­suatu: ~ minyak; penapisan 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatan­kuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang penyebaran atau penge­luaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau mem­bahayakan keselamatan; penapis 1. alat utk menapis, penyaring: kaca atau filem yg berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya; 2. orang (badan dsb) yg menapis: dlm negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yg bertugas utk menapis filem yg hendak ditayangkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas