Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
external communicationkomunikasi luaranKomunikasiKorporatPenyebaran maklumat mengenai organisasi, barangan, atau perkhidmatan untuk kegunaan khalayak di luar organisasi melalui saluran komunikasi. Maklumat yang tersebar boleh dalam keadaan terancang dan terkawal, serta boleh juga sebaliknya. Dalam penyebaran maklumat yang terancang, mesej yang disebarkan biasanya diurus dan dikawal oleh bahagian komunikasi korporat sesebuah organisasi. Komunikasi luaran biasanya bersifat positif dan menguntungkan organisasi. Penyebaran maklumat yang tidak terkawal seperti kenyataan yang tersiar dalam media mengenai sesebuah organisasi yang diperoleh daripada sumber luar, boleh bersifat positif dan negatif. Alat penyebaran yang kerap digunakan adalah seperti siaran media, ucapan, video korporat, brosur, dan risalah.
dissemination of informationpenyebaran maklumatPentadbiranPentadbiran Awam

Kegiatan atau tindakan menyalurkan informasi secara meluas. Penyebaran maklumat ini berlaku dari individu kepada individu yang lain dan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Penyebaran ini boleh berlaku melalui pelbagai medium seperti media massa, lisan, surat, memo, pesanan ringkas, internet, e-mel, arahan pekeliling, penerbitan organisasi dan papan kenyataan. Setiap maklumat yang disebarkan mempunyai mesej dan agenda tertentu yang hendak disampaikan seperti warta kerajaan, pekeliling baru, iklan jawatan kosong dan berita terkini dalam sesebuah jabatan.

publicityserantaKomunikasiTiadaSistem, proses, atau kaedah penyebaran maklumat kepada khalayak mengenai sesuatu organisasi dan ahlinya, serta aktiviti yang dijalankan. Seranta merupakan satu sistem kerana pendekatannya perlu dirancang dan disesuaikan dengan dasar dan falsafah sesebuah organisasi atau syarikat. Sesebuah organisasi atau syarikat besar biasanya mempunyai unit atau bahagian khas yang menguruskan satu proses apabila aktiviti yang dirancang secara bertahap dan strategik menjadi sebahagian daripada komponen pengurusan penyebaran maklumat organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat. Seranta merupakan satu kaedah apabila pelbagai prosesnya memerlukan pendekatan atau teknik penyebaran maklumat yang berkesan, yang sesuai dengan jenis maklumat dan kategori khalayak sasaran. Dalam prinsip sains sosial, masyarakat yang sentiasa berubah turut mengubah atau mempengaruhi keadaan sesuatu khalayak. Pihak pengurusan seranta biasanya merancang dan menggunakan kaedah yang sesuai dengan keperluan khalayak yang sentiasa berubah. Antara kaedah seranta yang biasa digunakan termasuklah media cetak dan media elektronik. Sinonim publisiti.
information disseminationpenyebaran maklumatVeterinarTiadaTiada
clearing house (information)pusat penyebaran (maklumat)KependudukanTiadaTiada
selective dissemination of informationpenyebaran maklumat terpilihPerpustakaanTiadaTiada
teletextteleteksPendidikanTiadaSistem penyebaran maklumat seperti majalah terbitan pihak berkuasa yang membolehkan pengguna memilih halaman tertentu tetapi tidak dapat berhubung dengan sistem tersebut.
buntingpepanjiKomunikasiKorporatBahan penyebaran maklumat yang dihasilkan secara menegak. Bahan tersebut terdapat dalam pelbagai jenis, seperti kertas, plastik dan kain. Struktur bahan ini boleh direka bentuk secara segi tiga atau segi empat tepat. Bahan ini boleh digantung, dilekat atau diregang di atas pemidang untuk tujuan peragaan. Bahan ini sesuai digunakan di kawasan luar bangunan dan jalanan kerana strukturnya yang kurang menahan laluan angin berbanding bahan publisiti lain seperti sepanduk. Selain itu, pepanji mudah digantung walaupun diruang yang kecil dan boleh dilekatkan pada tiang sekiranya digunakan dalam sesuatu acara.
quality disclosurespendedahan kualitiEkonomiTiadaPenyebaran maklumat mengenai kualiti sesuatu keluaran kepada bakal-bakal pelanggan supaya pelanggan mudah membuat pilihan untuk membeli.
theory of diffusion and adoptionteori terap dan amalPendidikanTiadaTeori tentang penyebaran maklumat atau inovasi dan penggunaannya.
12345

Kembali ke atas