Perkataan depositori samada sesuai digunakan bagi mengganti penyerahan iaitu: Pusat Penyerahan Koleksi Negeri kepada Pusat Koleksi Depositori Negeri terima kasih .... | Depositori bermaksud badan yang diamanahkan untuk menyimpan sesuatu (seperti dokumen, wang, sekuriti dan bon) untuk tujuan keselamatan. Berdasarkan penggunaan perkataan depositori dalam istilah seperti Syarikat Amanah Depositori, tidak membawa maksud penyerahan. | Tatabahasa | 09.01.2015 |
Salam, Mohon panduan ayat manakah yang betul? Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dengan Y atau Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara X dan Y | Frasa yang betul ialah "Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dan Y". | Tatabahasa | 18.10.2013 |
Pihak kami bercadang untuk menamakan bilik di pejabat. mohon pengesahan penggunaan bahasa yang betul sama ada: 1) Bilik Serahan Tender atau 2) Bilik Penyerahan Tender | Bilik Penyerahan Tender betul. Tetapi cadangan kami yang lebih tepat ialah Bilik Serah Tender. | Tatabahasa | 11.12.2008 |
madsud tentang penyerahan bagi sesuatu projek.(handover) dalam bahasa melayu yang lebih terperinci. | Encik Mohd Zuhri, Berikut disenaraikan terjemahan handover yang dipetik daripada Kamus Istilah: handover word | perkataan serah | Geografi | | handover | serah | Kejuruteraan | | handover mouth technique | teknik tangan-atas-mulut | Perubatan | | handover copies | naskhah serahan | Komunikasi | |
| Istilah | 21.05.2009 |
Oleh itu pihak kami ingin memberi latihan mengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada 14hb October 2014 ini. (Betul ke ayat diatas ini?) | Oleh itu, pihak kami ingin memberi latihan pengendalian, penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada 14 Oktober 2014 ini. | Tatabahasa | 07.10.2014 |
Tuan, Perpustakaan Negara Malaysia sedang meminda Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan. Jabatan Peguam Negara tidak bersetuju menggunakan istilah Born Digital tetapi meminta takrifan diberikan dalam Bahasa Melayu yang sama maksud dengannya. Mohon pandangan tuan berkaitan terma Bahasa Melayu yang boleh digunakan, adakah "Terbitan yang wujud dalam bentuk digital" atau terma lain. Sebab "wujud dalam bentuk digital" juga boleh dimaksudkan digitalization/pendigitalan iaitu wujud dalam bentuk digital hasil dari penukaran format bahan fizikal. Sekian | Berdasarkan konteks penerangan tersebut, born - digital merupakan 'asal digital'. Walau bagaimanapun, istilah ini dikategorikan dalam kelas kata adjektif yang memerlukan perkataan lain untuk membentuk istilah dalam kelas kata nama, iaitu seperti padanan yang berikut: born-digital material - bahan asal digital born-digital record - rekod asal digital born-digital archive - arkib asal digital Konsep 'pendigitalan' berbeza dengan konsep 'asal digital'. Bahan atau rekod asal berbentuk fizikal dan penukaran format dari fizikal ke digital menjadikannya satu proses 'pendigitalan'. Manakala, bahan atau rekod 'asal digital' pula sememangnya telah dijana secara digital dan hasilnya juga dalam bentuk digital tanpa perlu dicetak secara fizikal. | Lain-lain | 21.07.2021 |
Hi apakah padanan untuk Delivery Note? | Padanannya ialah nota penyerahan. | Makna | 03.12.2007 |
Adakah sama maksud antara watikah dengan pelantikan. Contoh, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas ATAU Majlis Penyerahan Watikah Pengawas. Terima kasih. | "Watikah" ialah surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, yang diberikan kepada seseorang), manakala "pelantikan" ialah perihal atau perbuatan mengangkat secara rasmi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan."Watikah Pelantikan Pengawas" betul dari segi tatabahasa dan membawa maksud surat yang secara rasmi mengangkat memegang jawatan pengawas. | Makna | 21.02.2017 |
Adakah betul penggunaan ejaan orang asli dalam konteks ayat di bawah? Memorandum Persefahaman (MoU) penyerahan sepenuhnya sekolah-sekolah Orang Asli di bawah... Saya melalui perkampungan orang Asli yang terletak jauh di pedalaman... | Penggunaan perkataan orang asli betul dari segi ejaannya. | Ejaan | 20.04.2010 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk Deed of Assignment? Adakah 1. surat ikatan penyerahhakan atau 2. surat ikatan penyerahan hak? | Sdr., istilah yang sesuai untuk Deed of Assignment ialah Surat Ikatan Penyerahhakan. Jika sdr. ada persoalan yang lain, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 04.11.2010 |