Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ra.han] | ڤڽرهن

Definisi : perbuatan menyerahkan (mem­-percayakan, mengamanahkan, dll): ke­kalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kpd British; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.ra.han] | ڤڽرهن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menyerah atau menyerahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serah
Kata Terbitan : berserah, menyerah, menyerahkan, terserah, penyerahan, serah2, terserah-serah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMBIVALENS

Ambivalens ialah istilah psikiatrik bagi

perasaan atau fikiran yang bercanggah tentang

diri sendiri, orang lain atau sesuatu situasi.

Perasaan ambivalens yang paling biasa termasuk

cinta dan benci, penerimaan dan penolakan, serta

penguasaan dan penyerahan.

UMUM 
BARISAN PEMUDA SARAWAK

Barisan Pemuda Sarawak, persatuan serpihan daripada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), ditubuhkan pada bulan Jun 1947 untuk menentang isu penyerahan Sarawak kepada Britain.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
GADAI

GADAI, penyerahan sesuatu barang (tanah, rumah, barang berharga) sebagai cagaran atau sandaran untuk pinjaman wang dalam tempoh tertsntu. Gadai bermakna suatu penggantian nilai wang dengan benda dalam urusan pinjaman dalam tempoh tertentu. Jika barangan seperti tanah tidak ditebus dalam tempoh yang dipersetujui ini, barang gadaian tersebut akan menjadi hak milik pemberi pinjaman. Dalam tempoh gadaian, pemberi pinjaman berhak menggunakan barangan tersebut.

BUDAYAKonsep
RUKUN TIGA BELAS

RUKUN TIGA BELAS, kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh 13 orang pemimpin Persatuan Pemuda Melayu (PPM) untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.  Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1948.  Pada tahun 1946, Gerakan Antipenyerahan Sarawak kepada British muncul apabila Raja Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebuah jajahan mahkota kepada kerajaan British.  Pada mulanya gerakan ini disokong oleh orang Melayu dan Iban secara perlembagaan.  Namun semua usaha mereka gagal kerana sikap kerajaan British yang mengabaikan kepentingan  gerakan tersebut.  Golongan elit pula berpendapat bahawa cara tindakan secara berperlembagaan tidak akan membawa apa-apa kejayaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ROSLI DHOBI

ROSLI DHOBI (1931-1950),  nasionalis. Rosli Dhobi lahir pada 18 Mac 1931 di Sibu, Sarawak. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Methodist, Sibu, Sarawak. Rosli Dhobi adalah salah seorang yang dimanifestasikan untuk menentang penyerahan Sarawak secara terus kepada pemerintahan koloni di England. Pada 14 Mei 1946, Majlis Mesyuarat Negeri mengesahkan Sarawak menjadi jajahan British yang menandakan tamatnya pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN
 
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan.
SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas