Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.rang] | ڤڽرڠ

Definisi : 1. orang (pihak, pasukan, dll) yg menyerang: pasukan ~ yg dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat beberapa kemenangan; 2. pemain bola sepak dsb yg menyerang utk menjaringkan gol: ~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para pemain pertahanan pasukan lawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.rang] | ڤڽرڠ

Definisi : orang yg menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL INDUK PESAWAT UDARA

Kapal induk pesawat udara ialah kapal yang

digunakan sebagai pangkalan bergerak untuk kapal

terbang. Dengan kuasa penyerang pesawat

udaranya, kapal induk merupakan kapal perang

permukaan yang paling kuat.

UMUM 
ORANG IONIAN

Orang Ionian ialah sekumpulan orang Yunani

purba. Mereka tinggal di beberapa bahagian

Peloponnesus (bahagian selatan semenanjung

Greece) sebelum tahun 1100 S.M. Kumpulan lain

orang Yunani yang dinamai Dorian menyerang

Peloponnesus pada akhir tahun 1100-an. Untuk

menyelamatkan diri daripada penyerang itu, ramai

orang Ionian lari ke bahagian timur Greece yang

dikenali sebagai Attica. Sesetengah orang Ionia ini

menjadi nenek moyang kepada orang yang tinggal

di Athens apabila ia berkembang menjadi bandar

raya bertaraf negara kota di Attica. Orang Ionian

yang lain berlayar merentasi Laut Aegean dan

menduduki Ionian , sebuah wilayah di sepanjang

pantai barat Asia Kecil (Turki kini).

UMUM 
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO)

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara

(NATO) menyediakan kepimpinan ketenteraan yang

bersatu untuk pertahanan bersama 16 buah negara

Barat. NATO ditubuhkan pada tahun 1949 oleh

negara yang bersekutu di bawah pakatan ini. Pakatan

ini menyediakan pertahanan bersama terhadap

kemungkinan serangan oleh Kesatuan Soviet atau

penyerang yang lain. Menurut pakatan ini, serangan

bersenjata yang dilakukan ke atas satu atau lebih

negara anggota di Eropah atau Amerika Utara akan

dianggap sebagai serangan ke atas kesemua negara

anggota dalam perikatan ini.

UMUM 
AZTEK

Aztek ialah Orang Asli Amerika yang

memerintah empayar yang besar di Mexico pada

tahun 1400-an dan awal tahun 1500-an. Aztek

mempunyai salah satu tamadun yang termaju di

Amerika. Mereka telah membina kota sebesar

kota di Eropah pada masa itu. Agama mereka

menuntut pengorbanan manusia. Empayar Aztek

telah dimusnahkan oleh penyerang Sepanyol,

yang menawannya pada tahun 1521. Tetapi, Aztek

meninggalkan kesan yang lama dan kekal

terhadap budaya Mexico.

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT, ANGKATAN BERSENJATA

Amerika Syarikat, Angkatan bersenjata.

Angkatan bersenjata Amerika Syarikat ialah angkatan

bersenjata yang paling berkuasa di dunia. Ia

disanjung tinggi oleh rakyat Amerika semenjak

Amerika Syarikat mengisytiharkan kemerdekaannya

pada tahun 1776. Perkhidmatan ketenteraan Amerika

Syarikat berpecah semasa Perang Saudara Amerika

(1861–1865), tetapi semenjak itu ia telah menyediakan

pasukan pertahanan yang kuat dan pasukan

penyerang yang hebat bagi menentang musuh.

UMUM 
BOLA SEPAK AMERIKA

Bola sepak Amerika ialah sejenis sukan

berpasukan yang menarik yang dimainkan

terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Sukan ini dimainkan oleh pelajar di sekolah

rendah, sekolah menengah, kolej dan pasukan

profesional. Berjuta-juta orang membanjiri stadium

pada setiap musim perlawanan untuk melihat

pasukan pilihan mereka beraksi. Berjuta-juta lagi

peminat menonton perlawanan antara pasukan-pasukan

kolej dan pasukan yang bermain dalam

dua liga profesional yang utama, iaitu Liga Bola

Sepak Kebangsaan (National Football League – NFL)

Amerika Syarikat dan Liga Bola Sepak Kanada

(Canadian Football League – CFL) di televisyen.

Di Amerika Syarikat, bola sepak ini dimainkan

oleh dua pasukan yang setiap satunya mempunyai

11 orang pemain. Di Kanada, setiap pasukan

mempunyai 12 orang pemain. Setiap pasukan

mendapatkan mata dengan membuat larian dan

hantaran play (manuver) untuk membawa sebiji

bola yang lonjong melintasi garisan gol lawan.

Larian atau hantaran seperti ini menghasilkan

“touchdown”. Semasa permainan berlangsung,

kawalan bola berpindah tangan antara dua

pasukan tersebut. Pasukan yang memiliki bola ialah

pasukan penyerang. Pasukan yang satu lagi ialah

pasukan pertahanan. Pasukan pertahanan akan

cuba menghalang pasukan penyerang daripada

memungut mata.

UMUM 

Kembali ke atas