Penyertaan semua kaum dalam bidang sukan dapat menyuburkan lagi semangat perpaduan. Ayat ini betul atau salah? | Ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 01.10.2013 |
salah sejahtera, "Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina & India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa melayu & memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" adakah ayat "memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" sesuai digunakan? jika tidak, boleh pihak tuan cadangkan ayat yang lebih gramatis.. terima kasih | Salam sejahtera, Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina dan India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain. Ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya. | Lain-lain | 05.08.2015 |
Manakah yang betul? 1. Mata ganjaran akan dikreditkan ke dalam akaun / Mata ganjaran akan dikreditkan ke akaun 2. Hantarkan penyertaan anda ke (alamat e-mel) / Hantarkan penyertaan anda kepada (alamat e-mel) | 1. Mata ganjaran akan dikreditkan dalam akaun. 2. Hantarkan penyertaan anda melalui alamat e-mel ... | Tatabahasa | 26.09.2017 |
Salam Sejahtera, Apakah wujud perbezaan jenis-jenis sijil seperti sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pencapaian dan sijil pengiktirafan? Atau hanya satu sahaja jenis sijil yang digunakan? Sekiranya wujud, bagaimanakah ia harus digunakan? Terima kasih. | Penggunaan sijil bergantung kepada fungsi tertentu sama ada fungsi penyertaan, penghargaan, pencapaian, pengiktirafan dan lain-lain. Sila rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mengetahui makna perkataan penyertaan">http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=penyertaan . | Makna | 29.11.2018 |
Mohamad Afiq Syazwan 29 JANUARY 18:29 As salam Saya ada cadangan iaitu tiap penyertaan yg dihantar akan mendapat sijil penyertaan sebab bukan senang nak masuk hadiah sastera perdana ini. | Kami ambil maklum cadangan tuan. | Lain-lain | 29.01.2017 |
Adakah penggunaan ayat berikut betul; 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' Terima kasih! | Ayat 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' betul dan tidak mengandungi kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 02.03.2007 |
Adakah tepat terjemahan saya seperti berikut:- (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri (4) Mission Participation Incentive = Galakan Penyertaan Misi Nota: Program-program di atas berkaitan import kayu-kayan dari luar ke Semenanjung Malaysia oleh sebuah agensi kerajaan. | (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri Kami bersetuju dengan ketiga-tiga cadangan terjemahan di atas. Cadangan terjemahan keempat dibetulkan kepada Galakan Misi Penyertaan kerana misi penyertaan membawa makna yang lebih tepat berbanding dengan penyertaan misi. Walau bagaimanapun perkara ini perlulah dilihat semula oleh pihak tuan. (4) Mission Participation Incentive = Galakan Misi Penyertaan | Penyemakan dan penterjemahan | 08.12.2017 |
Mohamad Afiq Syazwan THURS 23:22 Mohamad Afiq Syazwan Mohamad Afiq As salam borang penyertaan hadiah sastera perdana 2015/2016 boleh dapat kat mana ya? cari kat laman web tak jumpa pun | Untuk mendapatkan borang penyertaan hadiah sastera perdana 2015/2016 sila layari laman web http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ dan klik pada bahagian atas dan klik pada gambar no. 5 (file:///C:/Users/abdulhalim/Downloads/pdfposter.pdf) | Lain-lain | 10.01.2017 |
Adakah sesuai istilah "Keputusan Partisipatif" digunakan untuk merujuk kepada penyertaan dalam membuat keputusan dalam sesebuah organisasi. Dalam bahasa Inggeris istilah ini merujuk kepada "participative decision making" "Decisional participation" dan "participation in decision making" | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "partisipatif" dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk "participative" ialah serta sama. Istilah bahasa Melayu untuk "participation" pula ialah penyertaan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. participative decision making - pembuatan keputusan serta sama 2. participation in decision making - penyertaan dalam pembuatan keputusan Istilah yang dicadangkan untuk "keputusan partisipatif" ialah keputusan serta sama. | Istilah | 07.03.2013 |
salam..murid yg menyertai pesta buku abangsa ini, diberikan sijil penyertaan dan penghargaan @ tidak | Salam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan puan semua aktiviti di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 adalah berbentuk aktiviti untuk mempromosikan produk DBP. Oleh itu, tiada sijil penyertaan atau penghargaan diberikan kecuali ada bahagian-bahagian di jabatan tertentu menyediakan sijil-sijil atas dasr jemputan menyertai atau penghargaan kerana mengikuti. Moga maklumat ini dapat membantu. Sekian. | Lain-lain | 22.04.2014 |