Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyia.ran] | ڤڽيارن

Definisi : 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan ran­cangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyia.ran] | ڤڽيارن

Definisi : perbuatan atau hal menyiarkan (sesuatu): meninggikan sistem pendidikan dan ~ Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah isu-isu mengenai penggunaan bahasa malaysia dalam media penyiaran?Antara isu-isu penggunaan bahasa Malaysia dalam bidang penyiaran ialah sejauh manakah media memanfaatkan bahasa kebangsaan ini khususnya untuk media elektronik. Soalan yang dikemukakan bukan soalan berkaitan bahasa. NAmun demikian, bagi mendaptkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada majalah atau buku terbitan DBP atau merujuk akhbar harian.Lain-lain07.09.2007
Salam sejahtera, Manakah yang lebih sesuai digunakan bagi terjemahan "Broadcast Country"? a) Negara Penyiaran b) Negara Penyiar c) Penyiaran Negara Mohon pendapat tuan/puan. Terima kasih DBP.Sila kemukakan konteks penggunaan broadcast country untuk kami memilih terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan18.06.2015
Adakah penggunaan kata pemergian dalam ayat berikut Betul? Penyiaran filem-filem legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee adalah untuk memperingati pemergiannya. Atau Perkataan pemergian perlu ditukar 'kepergian' lebih tepat? Mengapa?Penyiaran filem-filem legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee adalah untuk memperingati pemergiannya. Dalam kamus pemergian juga bermaksud kepergian, bagaimanapun dalam laras ayat tersebut kata pemergian telah lazim digunakan.Tatabahasa09.05.2017
assalammualaikum, saya terlibat dalam bidang penyiaran, harap dapat membantu saya dalam penggunaan perkataan yang betul untuk sukan bolasepak. 1. shots 2. corners 3. fouls 4. offsides 5. possessions saya merujuk ke carian kata 1. fouls dieja faul 2. offsides dieja ofsaid tidak menemui carian kata dibawah 3. bolehkah corners dieja sudut apakah perkataan yang tepat untuk 4. shots 5. possessions harap dapat membantu saya terima kasihCadangan terjemahan adalah seperti yang berikut:
1. shots - sepakan/tendangan
2. corners - sudut/penjuru
3. fouls - faul
4. offsides - ofsaid
5. possessions - menguasai
Untuk makluman tuan, perkataan ini hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya khususnya penggunaannya dalam ayat.
Penyemakan dan penterjemahan27.02.2015
one day countdown labour dayPenyiaran detik satu hari ke Hari BuruhIstilah02.03.2011
saya telah mencari maksud bg saentero namun tidak memperolehi jwpn, walaupun digunakan dalam penyiaran. adakah wujud penggunaan ayat 'saentero'. adakah ayat ini boleh digunakan dalam 'saentero dunia'?Ejaan yang betul bagi perkataan saentero ialah seantero. Kata dasar bagi seantero ialah antero yang membawa maksud seluruh, segenap. Ia berasal daripada bahasa Portugis dan ia boleh digunakan untuk menyatakan berkenaan dunia, seperti seantero dunia (seluruh dunia).Makna07.12.2006
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.07.2009
Assalammualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya mengenai fenomena ramai warga Malaysia kini tidak dapat menguasai Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) dengan baik. Apakah perancangan pihak DBP bagi mengatasi ini dari aspek sistem pendidikan, komunikasi, penyiaran, pengiklanan, sosial?Untuk makluman tuan, pihak DBP telah menyediakan kursus tentang bahasa Melayu kepada pihak yang memerlukan dan juga kepada masyarakat awam bagi memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Selain itu, pihak DBP juga telah menyediakan kuanter pengesahan bahasa DBP bagi memastikan penggunaan bahasa melayu yang betul pada papan iklan dan juga media penyiaran elektronik dan cetak.Lain-lain28.01.2019
bolehkah perkataan 'dakyah' yang membawa maksud kefahamaan digunakan dalam esei? terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah diayah yang bermaksud penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka;

Istilah01.04.2010
saya ingin bertanya, jika membuat sesuatu iklan dalam akhbar seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia, adakah iklan-iklan tersebut dirujuk kepada dewan bahasa dan pustaka Malaysia? Bagaimana pula dengan undang-undang iklan?Penyiaran iklan dalam akhbar tidak merujuk pihak DBP, lazimnya dikawal oleh pihak akhbar berkenaan. Untuk pengetahuan saudara untuk paparan awam (seperti iklan pada papan tanda) tanggung jawab terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan iklan dalam akhbar, DBP hanya menjalankan tanggungjawab memantau dan menegur kesalahan bahasa yang digunakan dalam akhbar.Lain-lain05.06.2010
1234

Kembali ke atas