Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyia.ran] | ڤڽيارن

Definisi : 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan ran­cangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyia.ran] | ڤڽيارن

Definisi : perbuatan atau hal menyiarkan (sesuatu): meninggikan sistem pendidikan dan ~ Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM PENYIARAN MALAYSIA

SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia.  Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran.  Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an.  Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERBADANAN PENYIARAN BRITISH

Perbadanan Penyiaran British lihat British

Broadcasting Corporation (BBC).

UMUM 
PERBADANAN PENYIARAN AUSTRALIA

Perbadanan Penyiaran Australia lihat

Australian Broadcasting Corporation (ABC).

UMUM 
RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

sebuah stesen penyiaran milik kerajaan. RTM diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran, Kemeterian Penerangan Malaysia

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
DE FOREST, LEE

De Forest, Lee (1873–1961) ialah pencipta

Amerika yang mempelopori telegraf wayarles dan

penyiaran radio. Dia memperoleh paten untuk

lebih daripada 300 ciptaan. Dia mempatenkan tiub

vakum yang dikenali sebagai triod atau audion,

pada tahun 1907. Ciptaan ini dianggap sama

penting dengan ciptaan radio itu sendiri (lihat Tiub

vakum).

UMUM 
RTM

RTM, sebuah stesen penyiaran milik kerajaan.  RTM ialah singkatan Radio dan Televisyen Malaysia.  RTM diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia.  RTM mempunyai 29 stesen radio dan dua saluran televisyen iaitu TV1 (Saluran Perdana) dan TV (Saluran Emas).

BUDAYAInstitusi/Organisasi
SHARIFAH AINI, DATO’

Sharifah Aini, Dato’ (1953– ) ialah penyanyi

Malaysia . Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini

binti Syed Jaafar. Dia lahir di Singapura pada

2 Julai 1953 dan mendapat pendidikan awal di

Johor Bahru. Dia mula menyanyi ketika berumur

tujuh tahun dan penglibatannya secara aktif dalam

bidang ini bermula pada tahun 1969 apabila

menyertai pertandingan nyanyian anjuran

Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC). Dalam

pertandingan itu Sharifah Aini berjaya mendapat

tempat kedua.

UMUM 
SUARA MALAYSIA

SUARA MALAYSIA, rancangan penyiaran khas untuk pendengar di luar Malaysia.  Suara Malaysia ditubuhkan sebagai Suara Malaya pada 15 Februari 1963.  terdapat tiga perkhidmatan pada peringkat permulaan, iaitu siaran bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.  Setiap unit mengendalikan satu jam masa siaran sehari.  Tujuan awal penubuhan Suara Malaysia adalah untuk membanteras propaganda anti-Malaysia dan dasar Konfrontasi Indonesia.  Sambutan yang menggalakkan daripada pendengar di Indonesia menyebabkan Suara Malaysia menambah waktu siaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DOL RAMLI, TAN SRI

Dol Ramli, Tan Sri (1922-    ), tokoh penyiaran. Beliau juga adalah pencipta lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan penulis lirik lagu Tanah Pusaka.

KESENIANTokoh

Kembali ke atas