Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyo.kong] | ڤڽوکوڠ

Definisi : 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, meno­long), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan/puan, Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini, penyokong dan pendokongPenyokong ialah orang yang menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan dan sebagainya. Manakala pendukung (bukan pendokong) ialah orang (persatuan dan sebagainya) yang mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya), sesuatu yang menyokong (menjadi sumber kekukuhan dan sebagainya).Makna06.01.2013
Adakah tajuk ini tepat: 1. Daripada Kelab Penyokong Kepada Ultras: Menggalur Budaya Kepenyokongan Malaysia Bola Sepak Atau 2. Daripada Kelab Penyokong Kepada Ultras Menggalur Budaya Kepenyokongan Bola Sepak MalaysiaAyat yang betul ialah "Daripada Kelab Penyokong kepada Ultras: Menggalur Budaya Penyokongan Bola Sepak Malaysia." 

Kata sendi "kepada" hendaklah dieja menggunakan huruf kecil.
Tatabahasa11.02.2024
Adakah kata bilangan ini betul? 1. Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium.Ayat "Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium." adalah betul.Tatabahasa09.05.2012
apakah maksud perkataan reduk sionis?Reduksionis bermaksud penyokong reduksionisme. Reduksionisme pula bermaksud 1. mencerakin data yg kompleks menjadi juzuk yang kurang kompleks; 2. teori yang menyatakan bahawa idea, sistem, dan lain-lain yang kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponennya yang kurang kompleks.Makna09.04.2007
Contoh bagaimana untuk menulis tentang watak protagonis dalam novel Lamunan Puitis?Watak protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama;  penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Novel Lamunan Puitis mempunyai trilogi yakni mengandungi tiga novel dalam satu buku.

Kisah pertama bertajuk "Sebuah Mimpi Hari Tua" mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi.  Novel kedua bertajuk "Titipan" mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya. Novel yang terakhir bertajuk "Embun". Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jati diri dan cuba memisahkan diri dari 'jemaah hujan'.


Saudara boleh menceritakan watak utama dalam ketiga-tiga novel tersebut berdasarkan perwatakan yang dibawa oleh watak utama.  Watak atau sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): yang ditunjukkan oleh watak protagonis.

Saudara juga boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Sastera DBP untuk lebih lanjut melalui e-mel iaitu hanafi@dbp.gov.my  selain membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, buku rujukan dan lain-lain.

Sastera26.02.2013
Asalamualaikum Saya ingin dapatkan terjemahan bagi perkataan-perkataan di bawah. Ia dalam konteks produk kelengkapan rumah dan perabot. 1. floor standing (attached to the wall) 2. floor standing (under washbasin) 3. free standing (pada perabot) 4. wash stand (sangga sink - adakah ini tepat? Ia kaki untuk menompang sink) 5. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) 6. open wash stand 7. side mounted 8. top-mounted 9. wall-mounted (lekap dinding) 10. under mounted 11. washbasin mounted 12. surface mounted 13. self-cleaning (pembersihan sendiri untuk ketuhar) 14. table stand (sangga meja) 14. over-the-door 15. manual clean 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) 17. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) 1 18. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah:
1. floor standing (attached to the wall) - Barangan boleh berdiri
2. floor standing (under washbasin)  - Sinki boleh berdiri
3. free standing (pada perabot) - Perabot boleh berdiri
4. wash stand - Penyokong Sinki
5. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) - Penyokong Barang atau Penyokong Perabot
6. open wash stand - Penyokong Sinki Terbuka
7. side mounted - Sisi Bingkai
8. top-mounted - Permukaan Bingkai
9. wall-mounted (lekap dinding) - Perabot lekap
10. under mounted -  Bawah Dinding
11. washbasin mounted - Sinki lekap
12. surface mounted - barangan siling 
13. self-cleaning - Penyucian Sendiri
14. table stand - Penyokong Meja
14. over-the-door - Sila berikan contoh dalam ayat 
15. manual clean - Penyucian Secara Manual
16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) - Permaidani Tenunan Tangan
17. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) - Permaidani  Simpul Tangan
18. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) - Permaidani Tuf Tangan
Terima kasih
Makna01.09.2020
Apakah terjemahan untuk 'collectivist' dan 'collectivistic'?Collectivist ialah seseorang yang menyokong fahaman politik berhaluan kiri, manakala collectivistic ialah sifat bagi penyokong tersebut. Belum ada terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan18.07.2014
1. Adakah wujud istilah bahasa melayu secara khusus bagi perkataan-perkataan berikut: instafamous, twitter famous, Facebook famous dan youtubers? Jika wujud, apakad istilah yang tepat? 2. Perkataan-perkataan berikut adalah berkaitan jenis-jenis pempengaruh (influencer). Adakah betul maksud bagi perkataan berikut: a)mega influencer=pempengaruh mega b)macro influencer=pempengaruh makro c)micro influencer=pempengaruh mikro d)advocate=penyokong e)referrer=perujuk f)loyalist=penyetia

Perkataan "Instafamous", "Twitter famous", "Facebook famous" dan "Youtuber" digunakan dalam konteks tidak rasmi. Kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai Instagram terkenal, Twitter terkenal, Facebook terkenal dan pengguna Youtube.

Cadangan padanan bahasa Melayu:







a) pempengaruh mega

b) pempengaruh makro

c) pempengaruh mikro

d) penyokong, menyokong

e) perujuk

f) penyokong setia

Semua padanan bergantung kepada penggunaan ayat dan konteks.

Istilah11.04.2020
Saya ingin tahu. Perkataan dalam Bahasa Inggeris, kalau (NAMA KHAS) khas adakah ianya perlu di italic kan atau tidak? Selain daripada (NAMA KHAS) saya rasa ia perlu di italic kan. BETUL ATAU TIDAK. Lihat petikan ini yang saya dapat dalam laman web DBP Minda Tertutup Memori Terhakis Dunia Bahasa, Pilihan Utama Penyokong PPSMI yang hingga kini enggan mengakui kalah, cuba mengelirukan penggubal dasar dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan penguasaan sains dan matematik. SOALAN: 1) Saya ingin tahu. Perkataan bahasa Inggeris. Mana satu penulisannya yang betul. (a) Bahasa Inggeris ATAU (b) bahasa Inggeri. Perkataan bahasa itu ( huruf besar atau huruf kecil). 2) Rujuk kepada sains dan matematik. Perkataan sains dan matematik itu semestinya huruf besar (a) Sains dan (b) Matematik. TETAPI dalam petikan web DBP ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-26119551. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak diitalikkan. Walau bagaimanapun, nama buku dan petikan ayat dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan.

2. Sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik.
Ejaan11.02.2012
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ya, mohon pihak tuan membantu saya membetulkannya. 1)Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2)Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4)Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5) Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Adakah perkataan menyungai dalam ayat di bawah sesuai digunakan? 1) Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. Apakah jawapan yang paling tepat bagi tempat kosong di bawah kerana jawapan yang diberikan hampir sama. 1) Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. A) hiruk-pikuk B) riuh-rendahr C) hingar-bingar D) gegak-gempita1. Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi.
2. Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya.
3. Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.
4. Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama.
5. Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu.
 Ayat-ayat di atas betul.
6. Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat.
7. Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. Hingar bingar sama maksudnya dengan hiruk-pikuk, riuh-rendah dan gegak-gempita.
Tatabahasa14.04.2015
12

Kembali ke atas