Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.li.ngan] | ڤڽوليڠن

Definisi : perbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk meng­asingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn meng­gunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk meng­asingkannya drpd bahan yg tidak meruap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.li.ngan] | ڤڽوليڠن

Definisi : proses atau perbuatan menyuling. ~ berperingkat ist penyu­lingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai takat didih yg berbeza dgn menggunakan radas yg khusus (ini ialah kaedah asas dlm penghasilan petroleum drpd minyak tanah). ~ stim ist penyulingan utk mengasingkan campuran pepejal atau cecair mudah meruap drpd bahan yg tidak meruap, dgn cara melalukan stim menerusi campuran tsb (biasanya digunakan dlm pembuatan minyak wangi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyulingan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya mencari istilah untuk Fractionated Coconut Oil yang merujuk pada minyak kelapa dara juga tapi ia telah melalui proses penyulingan untuk memisahkan/memecahkan rantaian panjang asid lemak yang ada dalam minyak kelapa dara. Adakah 'berbahagi' boleh digunakan untuk perkataan 'fractionated' dalam konteks ini? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

fractionated coconut oil - minyak kelapa berbahagi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain14.07.2021

Kembali ke atas