Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.li.ngan] | ڤڽوليڠن

Definisi : perbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk meng­asingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn meng­gunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk meng­asingkannya drpd bahan yg tidak meruap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.li.ngan] | ڤڽوليڠن

Definisi : proses atau perbuatan menyuling. ~ berperingkat ist penyu­lingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai takat didih yg berbeza dgn menggunakan radas yg khusus (ini ialah kaedah asas dlm penghasilan petroleum drpd minyak tanah). ~ stim ist penyulingan utk mengasingkan campuran pepejal atau cecair mudah meruap drpd bahan yg tidak meruap, dgn cara melalukan stim menerusi campuran tsb (biasanya digunakan dlm pembuatan minyak wangi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyulingan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penyulingan berperingkatfractional distillationProses mengasingkan petroleum kepada pecahan yang berlainan melalui pendidihan dan kondensasi.Menengah Rendah
penyulingandistillationProses untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza.Menengah Rendah
penyulingandistillationProses penyejatan dan kondensasi semula yang digunakan untuk mengasingkan atau menulenkan cecair mengikut takat didih. Contohnya, air suling.Menengah Atas
sulingandistillateCecair tulen yang diperoleh daripada proses penyulingan.Menengah Rendah
kerosinkeroseneCecair hidrokarbon yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat minyak mentah pada julat takat didih 150°C - 230°C. Kerosin digunakan sebagai bahan api dan pelarut.Menengah Rendah
air sulingdistilled waterAir yang diperoleh melalui proses penyulingan, bebas daripada garam-garam terlarut dan sebatian lain.Menengah Rendah
air sulingdistilled waterAir tulen yang diperoleh melalui penyulingan yang digunakan dalam uji kaji sains.Menengah Atas
campuran heterogenheterogeneous mixtureCampuran yang tidak tergabung secara kimia, dan boleh diasingkan melalui kaedah fizik, seperti penyulingan atau penurasan.Menengah Atas

Kembali ke atas