Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.pa.tah] | ڤڤاته

Definisi : sj peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dll, bidal; ~ adat perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat; ~ dan petitih berbagai peribahasa; berpepatah menyebut (memakai) pepatah: pandai benar kanda ~; pematah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pa.tah] | ڤڤاته

Definisi : peribahasa yg berisi nasihat dll; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pepatah
Rujuk :peribahasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
contoh pepatahPepatah bermaksud peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran orang tua-tua dll.. Cth. biar lambat asal selamat.Makna05.04.2008
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman".c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Ejaan13.12.2011
Saya Nur-ini belajar bahasa Saya ingin bertanya tentang bahasa apakah makna pepatahPepatah bermaksud peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dan lain-lain.Makna31.10.2015
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih.

Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah.  Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan.  Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.  Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(Maksud lapis pertama jelas.  Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) 

Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan.  Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.  Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sastera16.02.2011
pepatah melayu yang berkaitan dengan sukarelawan.Soalan tidak jelas.Lain-lain22.07.2010
pepatah melayuSoalan tidak lengkap.Lain-lain22.07.2010
Yang mana paling tepat: a) "Bak kata pepatah Melayu, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" b) "Bak kata pepatah Melayu, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" c) "Bak kata pepatah Melayu, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?"

Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: (d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?"

Tatabahasa08.09.2011
Menurut pepatah, tidak mudah untuk kita mencari sahabat sejati dalam hidup kita. Adakah betul penggunaan tidak di dalam ayat tersebut? Atau perlu digantikan dengan bukan? Yang mana satukah lebih tepat? Tidak atau bukan?Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah  “Bukan  mudah untuk kita mencari sahabat sejati dalam hidup kita.” Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

 



Tatabahasa16.05.2020
"bak kata pepatah orang dahulu" betul atau tidak? mohon penjelasan terima kasih.

Frasa tersebut betul dan boleh digunakan. 

Tatabahasa24.03.2024
apakah cara yang paling mudah utk membezakan pepatah, bidalan dan perbilangan? berikan contoh yg sesuai. tqCara yang paling mudah untuk mencari beza setiap kata ialah mengetahu makna kata tersebut. Pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya,  pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan.Tatabahasa20.10.2010
12345

Kembali ke atas