Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.pa.tah] | ڤڤاته

Definisi : sj peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dll, bidal; ~ adat perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat; ~ dan petitih berbagai peribahasa; berpepatah menyebut (memakai) pepatah: pandai benar kanda ~; pematah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pa.tah] | ڤڤاته

Definisi : peribahasa yg berisi nasihat dll; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pepatah
Rujuk :peribahasa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEPATAH

PEPATAH, sejenis peribahasa yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi makna tertentu. Bentuk gandanya ialah pepatah-petitih. Bentuk pepatah sama dengan bidalan. Yang membezakannya dengan bidalan, ialah bahawa bidalan mengandungi teladan atau pengajaran. Pepatah mengandungi pernyataan adat, peraturan dan hukum, iaitu hukum adat perpatih. Pepatah bermakna selapis, kerana apa yang dikatakan itulah maksudnya.

SASTERAKonsep
PERIBAHASA

PERIBAHASA, frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus.  Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan.  Peribahasa digolongkan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.

SASTERAKonsep
EPIGRAM

Epigram ialah puisi lucu ringkas, atau pepatah

yang tajam maksudnya. Ciri-ciri pentingnya

termasuklah kemampatan, kehalusan, keseimbangan,

dan kejelasan.

UMUM 
PERUMPAMAAN

PERUMPAMAAN, sejenis peribahasa yang menyebutkan sesuatu maksud dengan mengiaskannya kepada perkara lain. Dari segi bentuknya, perumpamaan berbeza daripada bidalan, pepatah dan perbilangan. Cirinya yang berbeza ialah bentuknya yang dua lapis dan menggunakan kata-kata banding: ‘seperti’, ‘bagai’, ‘bak’, ‘laksana’, ‘ibarat’ dan ‘umpama’. Oleh sebab itu maknanya menjadi dua lapis. Perumpamaan berbeza daripada bidalan, pepatah dan perbilangan, yang mempunyai makna selapis.

SASTERAKonsep
PERIBAHASA BERIRAMA

PERIBAHASA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional.  Peribahasa berirama atau peribahasa berangkap adalah peribahasa yang meliputi kiasan, pepatah, bidalan, perbilangan atau perumpamaan yang berbentuk puisi atau mengandungi cirri-ciri puisi, seperti kesejajaran, perulangan, rima atau sekurang-kurangnya irama.

SASTERAKonsep
TAMSIL

TAMSIL, bahasa kiasan yang memberikan perbandingan dengan jelas, dipersembahkan dalam ungkapan yang panjang dan mengandungi pengajaran.  Tamsil mempunyai persamaan dengan bidalan, pepatah dan perumpamaan.  Tamsil boleh diambil daripada peribahasa yang sudah terkenal, atau daripada ciptaan sendiri.  Dalam beberapa contoh, tamsil lebih mendekati `kiasan asal’, tetapi telah diluaskan dengan kata-kata yang bernas, bersifat simbolik serta mengandungi fikiran yang bijaksana.

SASTERAKonsep
PERBILANGAN

PERBILANGAN, sejenis peribahasa yang panjang, lebih daripada satu ayat.  Ia berbilang, lantas disebut perbilangan.  Perbilangan  bermakna selapis atau dua lapis.  Perbilangan serupa pepatah dan berfungsi sebagai undang-undang, iaitu Undang-undang Adat Perpatih.  Nama-nama lain bagi perbilangan ialah ‘perbilangan adat’, ‘gurindam adat’, ‘teromba’ dan ‘terasul’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TEROMBA

TEROMBA, teks yang menyatakan salasiah dan kandungan undang-undang adat perpatih, Khususnya seperti yang diikuti dan diamalkan di Minangkabau, Sumatera dan di Negeri  Sembilan, Malaysia. Undang-undang tersebut yang diikuti dan diamalkan dalam masyarakat atau bangsa, suatu sistem atau sebagainya. Teks lisan atau tertulis ini adalah dalam bentuk puisi yang indah, padat dan penuh daya kreatif. Teromba berkait rapat dengan terasul dan tombo. Terasul ialah cara menggunakan salasiah adat seperti dalam perkahwinan sementara tambo bermakna sejarah bagi masyarakat atau adat, tersusun dalam bahasa yang tetap dan dalam bentuk puisi. Istilah teromba juga dikenal dengan nama lain, seperti gurindam, gurindam adat, kata-kata adat, perbilangan adat, kiasan adat dan pepatah adat.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas