Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.pe.jal] | ڤڤجل

Definisi : benda yg mempunyai bentuk yg tidak berubah-ubah, benda padat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pe.jal] | ڤڤجل

Definisi : benda yg mempunyai bentuk yg tidak berubah-ubah; benda yg pejal atau keras (spt batu, kayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.pe.jal] | ڤڤجل

Definisi : benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pepejal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEPEJAL UMUM 
FIZIK KEADAAN PEPEJAL UMUM 
OKTAHEDRON

Oktahedron ialah sebarang rajah pepejal dengan

lapan muka. Ia adalah sejenis polihedron (rajah

pepejal dengan pelbagai muka). Muka oktahedron

tidak semestinya berbentuk sama. Sesetengahnya

mungkin segitiga dan terdapat jenis poligon yang lain.

Pelbagai jenis oktahedron yang dikenali sebagai

oktahedron sekata ialah polihedron cembung

dengan kelapan-lapan mukanya bersamaan pada

sebarang segitiga sama sisi.

UMUM 
TEKANAN RERAMBUTPerbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po – Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg – Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
PENJERAPANProses penghimpunan dan pelekatan molekul (zat terjerap) pada permukaan pepejal (zat penjerap). Darjah penjerapan bergantung pada suhu, tekanan dan keluasan permukaan pepejal.KIMIAProses/Tindak Balas
KEANJALAN

Keanjalan ialah keupayaan pepejal kembali ke

bentuk dan saiz asalnya selepas ia diubah bentuk

oleh sesuatu daya. Semua pepejal mempunyai

keanjalan.

UMUM 
AIS KERING

 Ais kering ialah karbon dioksida pepejal. Nama

ais kering merujuk kepada hakikat bahawa bahan

ini berubah bentuk daripada pepejal kepada gas

tanpa terlebih dahulu menjadi cecair.

UMUM 
GAS KAYUGas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GAS GAMBUTGas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GAS BUATANGas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
12345

Kembali ke atas