Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perang, perjuangan, pertemĀ­puran; medan ~ medan (tempat) berperang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unconventional warperang bukan konvensionalSains PolitikPolitik PerbandinganPeperangan yang melibatkan penggunaan tentera konvensional dan banyak menggunakan senjata pemusnah biokimia, nuklear, senjata satelit dan peperangan digital. Peperangan ini dikatakan meletus secara luar biasa iaitu tidak seperti perang konvensional. Peperangan konvensional lazimnya merujuk kepada peperangan yang melibatkan penggunaan ketenteraan seperti serangan artileri, serangan udara dan laut.
taboitaboiKesusasteraanTiadaPersembahan perarakan di Sumatera Barat untuk mengenang kembali Peperangan Karbala. Peperangan ini mengorbankan Hasan dan Husain, cucu Nabi Muhammad SAW. Perkataan taboi merujuk kepada tabut, iaitu batu-batu nisan kecil yang diusung semasa perarakan meraikan kesyahidan Hasan dan Husain di India. Persembahan ini diadakan sekitar sepuluh hari pertama bulan Muharam.
war perilperil perangPentadbiran PerniagaanTiadaDalam insurans marin, istilah ini bermaksud peril tawanan, rampasan, penangkapan, penahanan putera raja, orang awam, orang yang terlibat dalam peperangan, kelengkapan peperangan bom, periuk api, torpedo atau sebarang tindakan bermusuhan.
accidental warperang tanpa sengajaSains PolitikHubungan AntarabangsaPeperangan yang boleh dibahagikan kepada dua bentuk. Pertama, peperangan yang terjadi secara tidak sengaja dan tanpa niat, yang tercetus akibat kesilapan teknikal yang mendorong pihak lawan mentafsirkan sebagai satu tindakan perang. Kedua, peperangan berlaku akibat tindakan pihak yang terlibat dalam konflik tersalah tafsir situasi yang wujud. Salah tafsir ini berlaku dalam keadaan krisis antara negara terutamanya dalam keadaan tegang. Contohnya, krisis di Eropah pada tahun 1914 berpunca daripada peperangan tersebut.
radiological warfarepeperangan radiologiKejuruteraanTiadaPeperangan yang melibatkan senjata-senjata nuklear yang menghasilkan keradioaktifan.
electronic warfarepeperangan elektronikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah peperangan moden yang menggunakan spektrum elektromagnet secara aktif atau pasif. Kaedah ini mempunyai tiga komponen utama, iaitu serangan elektronik, perlindungan elektronik dan sokongan elektronik serta mula mendapat perhatian dalam Operation Desert Storm ketika Perang Teluk pada tahun 1990.
electronic warfare supportsokongan peperangan elektronikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah peperangan elektronik yang menggunakan spektrum elektronik secara pasif bertujuan untuk mengumpul maklumat strategik pihak lawan. Kaedah ini juga berguna untuk memintas serangan yang telah dilancarkan oleh pihak lawan. Oleh sebab kaedah ini dilakukan secara pasif menyebabkannya lebih sukar dikesan berbanding serangan elektronik.
Arab-Israeli WarPerang Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaSiri peperangan antara negara Arab dengan Israel yang bermula sejak penubuhan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948. Tiga peperangan yang utama berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Selain itu, Israel juga telah campur tangan dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1982. Sehingga kini, situasi peperangan masih berterusan dalam bentuk serangan gerila oleh kumpulan pejuang Palestin seperti Hamas terhadap pencerobohan haram Israel. Pada pihak lain pula, rejim Yahudi terus mempertingkatkan tindakan ganasnya terhadap penduduk Arab Palestin, dan enggan membebaskan wilayah negara jiran Arab yang dicerobohinya. Perang pada tahun 1956 berlaku apabila pihak tentera Israel menceroboh Mesir dan menawan Semenanjung Sinai dan Tebing Gaza. Perang ini berlaku akibat muslihat Britain dan Perancis yang cuba mengenakan tekanan terhadap Presiden Mesir Gamal Abdul Nasser yang memiliknegarakan Terusan Suez. Walau bagaimanapun, Israel berundur dari wilayah yang ditakluk pada tahun 1957. Pada tahun 1967, Mesir dengan bantuan Jordan, Syria dan Iraq menyerang Israel. Perang ini berlaku selama 7 hari dengan kejayaan mutlak Israel. Dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Semenanjung Sinai dan Tebing Gaza daripada Mesir, Bukit Golan daripada Syria, dan seluruh Baitulmuqaddis serta Tebing Barat daripada Jordan. Perang pada tahun 1973 pula yang dikenali sebagai perang Yom Kippur, tercetus apabila Mesir dan Syria melancarkan serangan hebat terhadap Israel . Walaupun pihak Israel dapat mempertahankan dirinya tetapi negara tersebut mengalami kemusnahan akibat peperangan tersebut. Perang berakhir dengan gencatan senjata dan diikuti dengan rundingan damai tajaan Amerika Syarikat.
casus bellialasan peperanganSejarahTiadaPeristiwa, keadaan atau tindakan yang mewajarkan berlakunya peperangan.
armisticegencatan senjataUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan pihak berperang menamatkan pertempuran dalam sesuatu peperangan. Gencatan senjata boleh berlaku secara sementara tetapi tidak semestinya bermaksud menamatkan peperangan. Pihak berperang mungkin akan bersengketa semula sebaik sahaja gencatan senjata tamat. Walau bagaimanapun, sekiranya gencatan senjata kekal dapat dicapai, hal tersebut boleh membawa kepada tamatnya peperangan.
12345678910...

Kembali ke atas