Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg mema­kai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdaga­ngan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua­duanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati­hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : kenaikan di air yg dibuat drpd sebatang kayu yg ditebuk dan tidak bergeladak. ~ getah pelampung yg berbentuk perahu dan dibuat drpd getah (biasanya digunakan ketika kecemasan di laut dll). berperahu menaiki perahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perahu (kata nama)
Bersinonim dengan sampan, gurap, sambuk, sagur, biduk, baluk, tongkang, sekoci, selob, selup;,
Kata Terbitan : berperahu,

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Perahu papan bermuat intan.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(39)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila nyatakan kesalahan yang terdapat dalam ayat ini: Perahu-perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh.Perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh.Tatabahasa11.05.2010
maksud hiruk-pikuk?

Saudara Muhammad Farhan,

Perkataan hiruk-pikuk bermaksud  keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk.  Untuk mengetahui makna perkataan, saudara perlu memilki dan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Makna10.01.2010
Jika 'terhuyung hayang' digunakan untuk perahu yongyat adakah betul? Kenapa dalam Kamus Dewan Bahasa "yongyat" membawa maksud terhuyung hayang ( perahu) dijelaskan? Adakah itu mempunyai penerangan yang lain?Yongyat dalam dialek Kedah dan Penang bermaksud terhuyung-hayang (untuk perahu dan lain-lain). Oleh itu, terhuyung-hayang atau yongyat boleh digunakan untuk merujuk keadaan perahu yang bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan.Istilah04.05.2009
nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....Limau tidak melambangkan orang miskin dan perahu tidak merujuk orang kaya.  Sebenarnya peribahasa "Limau masak sebelah" sahaja sudah memadai untuk membawa maksud hukuman yang tidak adil, iaitu hukuman yang dijatuhkan mengikut kedudukan atau taraf seseorang pesalah.  Frasa "Perahu karam sekerat" adalah penguat kepada peribahasa "Limau masak sebelah" ini. "Perahu karam sebelah" juga boleh berdiri sendiri dan membawa maksud yang sama juga.Makna10.03.2014
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah perkataan dari atas perahu boleh digunakan bersama? dari atas? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.Menurut data kami, ayat yang gramatis ialah Pak Ya menebar jala dari perahu. (rangkai kata dari perahu menunjukkan arah)Tatabahasa28.05.2020
perahu dalam istilah bahasa inggerisPerahu dalam bahasa Inggeris disebut boat, canoe atau small boat.Istilah17.06.2008
maksud surat perahuSehingga kini istilah surat perahu belum kami temui/terakam dalam mana-mana dokumen termasuk buku Simpulan Bahasa. Sila nyatakan di manakah saudara memperoleh istilah ini atau kemukakan sebarang dokumen bercetak yang memaparkan penggunaan istilah tersebut untuk makluman dan tindakan kami.  Terima kasih.Makna09.02.2009
Perahu layar ada layar. Soalan: Apakah struktur ayat di atas betul atau tidak?Struktur ayat "Perahu layar ada layar" adalah betul.Tatabahasa28.11.2020
saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....Makna10.03.2014
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan

Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan

jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh

Tatabahasa18.03.2009
123456

Kembali ke atas