Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg mema­kai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdaga­ngan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua­duanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati­hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : kenaikan di air yg dibuat drpd sebatang kayu yg ditebuk dan tidak bergeladak. ~ getah pelampung yg berbentuk perahu dan dibuat drpd getah (biasanya digunakan ketika kecemasan di laut dll). berperahu menaiki perahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perahu (kata nama)
Bersinonim dengan sampan, gurap, sambuk, sagur, biduk, baluk, tongkang, sekoci, selob, selup;,
Kata Terbitan : berperahu,

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Perahu papan bermuat intan.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(39)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OUTRIGER

Outriger ialah sama ada dua jenis perahu atau

dua jenis peranti perahu. Outriger ialah perahu

yang dayungnya dilekapkan pada outriger

(pendakap) yang terjojol dari bahagian tepi bot.

Pendakap yang dinamakan outriger menopang

dayung. Pendakap membantu meningkatkan

penuilan perahu yang menggunakan dayung. Di

negara-negara sekitar Lautan Hindi dan Pasifik,

outriger ialah kanu dengan sebatang pelampung

yang dilekatkan pada kerangka yang menganjur

dari satu sisi. Tambahan pelampung ini

dinamakan outriger . Pelampung ini merupakan

pengimbang dan mengelakkan kanu itu daripada

terbalik. Kanu yang mempunyai pelampung pada

kedua-dua sisinya dinamakan outriger kembar.

UMUM 
PERAHU LAYAR

Perahu layar ialah vesel layar, biasanya kecil,

yang digunakan hanya untuk bersuka-suka. Sebuah

perahu layar boleh merupaka sebarang jenis vesel,

daripada sebuah sampan layar yang kecil hingga

kepada sebuah kapal laut yang menggunakan enjin

stim. Perahu layar moden berasal dari Belanda. Di

Belanda, ia disebut sebagai jaght boat atau bot

buru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut

mengenai perahu layar, lihat juga Belayar.

UMUM 
PERAHU

PERAHU, sejenis pengangkutan air yang kecil daripada kapal dan mempunyai berbagai-bagai saiz dan bentuk. Perahu digunakan untuk mengangkut barang atau penumpang. Perahu yang besar mempunyai ukuran sehingga 26 m panjang, 7.6 m lebar dan 6.7 m dalam.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
PIROGUE

Pirogue ialah kanu atau perahu lading khas yang

digunakan untuk menangkap ikan di Teluk

Mexico . Pirogue Louisiana ialah perahu yang

diperbuat daripada batang pokok sipres tetapi

bahagian bawahnya rata.

UMUM 
DAYUNGAN

Dayungan ialah tindakan untuk menggerakkan

sesebuah perahu dengan pengayuh. Ramai orang

menyetujui bahawa mendayung di tasik dan

sungai merupakan suatu bentuk senaman yang

menyeronokkan. Pertandingan lumba perahu

pula sudah menjadi satu acara sukan amatur yang

penting yang sangat teratur.

UMUM 
PIALA AMERIKA

Piala Amerika ialah pertandingan perahu layar

yang paling terkenal di dunia dan merupakan trofi

tertua dalam sukan antarabangsa. Pada tahun 1851,

skuner Amerika telah memenangi trofi perak yang

cantik dengan mengalahkan 14 perahu layar lain

dalam satu perlumbaan mengelilingi Isle of Wight

di luar pantai selatan England. Piala itu dikenali

sebagai Piala Amerika.

UMUM 
BANGAU

BANGAU, ukiran pada bahagian haluan perahu nelayan. Ukiran ini dikenal dengan nama bangau perahu kerana bentuk ciptaan asalnya menyerupai kepala seekor burung bangau. Bangau perahu hanya terdapat pada perahu kecil nelayan yang menggunakan dayung dan layar. Antara perahu nelayan yang memiliki bangau termasuklah kolek, bedar, sekoci, kolek kue dan payang.

BUDAYAKonsep
BEDAR

BEDAR, sejenis perahu besar biasanya berukuran antara 10 m hingga 16 m panjang, 1.7 m hingga 2 m tinggi dan 3 m lebar.

BUDAYAKonsep
KATAMARAN

Katamaran ialah bot bak rakit yang mempunyai

dua badan. Keringanannya dan badannya yang

berkembar, nipis dan dangkal membolehkan

katamaran meluncur melalui permukaan air tanpa

banyak rintangan. Reka bentuk ini berasaskan

perahu tupang yang telah digunakan oleh bangsa

Polinesia dan Melayu selama beribu-ribu tahun.

Katamaran boleh dikuasai oleh layar atau motor.

UMUM 
BIDUK

 

BIDUK, sejenis perahu yang tidak besar, biasanya berukuran 4.2 m panjang, 0.75m lebar dan 0.38 m tinggi.  Biduk dapat membawa antara dua hingga tiga orang penumpang sahaja.  Biduk dikenal dengan pelbagai nama mengikut bentuk, ukuran dan tempat.  Di Johor, Singapura dan Kepulauan Riau, biduk dikenal sebagai sampan dan sampan riau.  Di pantai timur Semenanjung Malaysia, biduk dikenal sebagai mat rian dan perahu etok. Ada juga tempat yang memanggilnya sebagai belongkang, beranta, jampul, lopek, laca, ketiap, ludang atau seludang.  Biduk digunakan oleh nelayan pantai di sungai atau laut.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
12

Kembali ke atas