Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg mema­kai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdaga­ngan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua­duanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati­hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : kenaikan di air yg dibuat drpd sebatang kayu yg ditebuk dan tidak bergeladak. ~ getah pelampung yg berbentuk perahu dan dibuat drpd getah (biasanya digunakan ketika kecemasan di laut dll). berperahu menaiki perahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perahu (kata nama)
Bersinonim dengan sampan, gurap, sambuk, sagur, biduk, baluk, tongkang, sekoci, selob, selup;,
Kata Terbitan : berperahu,

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Perahu papan bermuat intan.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(39)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
canoeperahu batangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat pengangkutan yang diperbuat daripada sebatang pokok yang dibelah dua dan ditarah di bahagian tengah, hujung dan bawahnya. Perahu batang dikenali juga sebagai perahu sagur. Perahu sagur yang ditemui di Sungai Kuala Ketil (Kedah) pada tahun 1996, mempunyai lubang yang ditutup dengan damar, bertujuan untuk mengimbangi ketebalan pada setiap bahagian dinding perahu tersebut. Perahu jenis ini digunakan untuk tujuan pengangkutan dan/atau perdagangan. Sinonim kolek batang.
chantyrandai pelautKesusasteraanTiadaNyanyian pendayung perahu zaman perahu belum mengenal mesin penggerak.
keelboatperahu lunasKejuruteraan AutomotifTiadaPerahu yang mempunyai lunas di sepanjang sebelah bawah perahu.
banana boatperahu pisangPerikananTiadaPerahu yang berbentuk seperti pisang, diperbuat daripada getah sintetik. Perahu ini dinaiki secara beramai-ramai dan ditarik oleh jet ski di kawasan lagun, sungai atau di tepi pantai.
dragon boatperahu nagaSukanTiadaAktiviti di atas air menggunakan perahu panjang yang dilengkapi dayung untuk perlumbaan oleh ramai peserta. Kepala perahu tersebut dihiasi untuk kelihatan seperti naga.
boat-shaped coffinkeranda bentuk perahuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKuburan yang melibatkan penggunaan perahu dan dikenali juga sebagai perkuburan sekunder. Tulang atau mayat manusia yang telah mati akan diambil dan diletakkan di dalam perahu. Tapak utama ialah di Gua Kain Hitam, Niah (Sarawak). Upacara ini dipercayai turut diiringi dengan tarian kerana terdapat kesan bahagian lantai yang rata. Turut ditemui ialah bekal pengebumian seperti manik kaca, tembikar batu China, kepingan gangsa, tulang berukir, dwimuncung dan tembikar buatan tempatan. Pengebumian ini dilakukan sekitar 1000 tahun dahulu.
coracle (Arch)perahu belulangSejarahTiadaPerahu kecil yang dibuat daripada kulit keras dan tebal digunakan pada zaman prasejarah di Kepulauan British.
sail boat foldlipatan perahu layarPentadbiran PerniagaanTiadaLipatan napkin berbentuk perahu layar.
boat burialkuburan perahuSejarahTiadaKaedah pengebumian terdedah zaman prasejarah yang meletakkan mayat di dalam perahu dan dihanyutkan ke sungai atau laut.
kayakingberkayakPelanconganTiadaAktiviti berdayung menggunakan perahu yang mempunyai ciri-ciri seperti perahu tradisional Eskimo.
1234567

Kembali ke atas