Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.raih] | ڤراءيه

Definisi : 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk ber­dagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.raih] | ڤراءيه

Definisi : orang yg berniaga secara membeli barang banyak-banyak dan kemudian menjualnya pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raih
Kata Terbitan : meraih, peraih,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih.1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini.

2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik.

3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong.
Tatabahasa23.07.2013
Salam sejahtera. Minta tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif 1. Penduduk kampung itu menjual buah-buahan kepada peraih. Adakah boleh tulis begini, iaitu:- 1. Buah-buahan dijual oleh penduduk kampung kepada peraih. 2. Buah-buahan dijual oleh penduduk kampung itu kepada peraih. Terima kasih.Ayat aktif

1. Penduduk kampung itu menjual buah-buahan kepada peraih

Ayat pasif
1. Buah-buahan dijual oleh penduduk kampung itu kepada peraih.
Tatabahasa17.07.2013

Kembali ke atas