Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rai.ran]/[per.ai.ran] | ڤراءيرن

Definisi : 1. laut yg termasuk dlm (diiktiraf sbg sebahagian drpd) kawasan atau wilayah sesebuah negara: kapal penyeludup itu ter­tangkap di ~ Malaysia; 2. Id urusan mengenai persediaan air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rai.ran]/[per.ai.ran] | ڤراءيرن

Definisi : laut yg termasuk dlm daerah sesebuah negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perairan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERAIRAN MILIK NEGARA

Perairan milik negara ialah kawasan perairan

laut yang hak-hak berdaulat adalah dipunyai oleh

sesebuah negara. Hak-hak ini termasuk kawalan

terhadap penangkapan ikan, pelayaran, perkapalan

dan juga penggunaan sumber laut semula jadi.

UMUM 
PERAIRAN DALAMANKawasan perairan sesebuah negara menurut undang-undang antarabangsa.UNDANG-UNDANGKonsep
KELPA

Kelpa ialah mana-mana jenis rumpai laut yang

besar berwarna perang yang tumbuh di dalam air

atau di atas pantai berbatu. Kelpa terdapat di

perairan sejuk di seluruh dunia. Ia tidak tumbuh di

perairan tropika.

UMUM 
IKAN TULANGIkan tulang hidup di perairan lautan panas.
Ada dua jenis ikan tulang: ikan tulang biasa yang
banyak terdapat; dan ikan tulang Hindia Barat
yang ditemui hanya pada tahun 1910.
UMUMUmum
TELUK ARAB

Teluk Arab ialah sebuah kawasan perairan

berbentuk jantung yang terletak di barat daya Asia

iaitu di antara Iran dengan Semenanjung Tanah

Arab. Teluk ini lebih dikenali di kalangan orang

Eropah sebagai Teluk Parsi. Orang pertama yang

menamakan Teluk Parsi ini ialah Niyarkhus,

pemimpin angkatan laut Iskandar Agung pada tahun

325 S.M. setelah menyusuri sepanjang pantai Parsi

tanpa menyedari kewujudan pantai yang lain. Pada

abad pertama Masihi, Balini menamakan teluk ini

sebagai Teluk Arab setelah dia menemui pantai

barat. Selat Hurmuz menyambungkan Teluk Arab

dengan Teluk Oman, yang dianggap sebagai

cabang bagi Lautan Hindi. Ia berukuran 800

kilometer panjang, 200 kilometer lebar dan 260 000

kilometer persegi luas. Kawasan yang paling dalam

di Teluk Arab berukuran 90 meter. Di teluk ini

banyak terdapat hidupan laut seperti kerang dan

udang.

UMUM 
DUGONG

Dugong ialah mamalia pemakan tumbuhan yang

tinggal di perairan pantai yang cetek dan panas di

Laut Merah dan Lautan Hindi hingga sejauh Australia

di selatan.

UMUM 
PLAIS

Plais ialah ikan sebelah yang penting dari segi

komersial di perairan Eropah. Ikan ini membesar

sehingga kira-kira 90 sentimeter panjangnya dan

berwarna perang dengan bintik-bintik jingga

pada sebelah kanan atas. Kulit ikan ini licin.

UMUM 
SMELT

Smelt ialah satu famili ikan berwarna keperakan

yang didapati di perairan dingin di Hemisfera

Utara. Terdapat 10 spesies. Kebanyakannya kurang

daripada 20 sentimeter panjangnya. Seperti trout

dan salmon, smelt mempunyai satu sirip kecil,

berisi di belakang sirip dorsal di bahagian

belakangnya.

UMUM 
POLLOCK

Pollock ialah makanan ikan yang berkaitan dengan

ikan kod. Ia terdapat di perairan pantai yang berbatu

di Lautan Atlantik Utara . Pollock membesar sehingga

antara 60 sentimeter hingga105 sentimeter panjang.

Bahagian belakangnya berwarna perang-kehijauan,

bawahnya pula berwarna cerah, dan ia mempunyai

rahang bawah yang memanjang keluar.

UMUM 
DOK KERING

Dok kering ialah satu kawasan tempat kapal

dikeluarkan dari kawasan perairan supaya

kerja-kerja pembaikan boleh dilakukan terhadap

kapal tersebut di bawah paras air laut.

UMUM 
12345

Kembali ke atas