Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ra/] | ڤيرق

Definisi : (pérak) 1. sj logam yg berwarna putih dan berkilat (digunakan utk membuat per­hiasan duit dll): mangkuk ~; wang ~; 2. = perakan wang rupiah: dia meminta sekeping surat keterangan dgn bayaran beberapa ~ sahaja; keperakan, keperak-perakan warna putih kekelabuan yg terang atau berkilau: biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ra/] | ڤيرق

Definisi : Kl; masin ~ terlampau masin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ra/] | ڤيرق

Definisi : (pérak) negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 20 668 km2, Ipoh sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ra/] | ڤيرق

Definisi : Kl; memerak menyimpan (meletak­kan) barang-barang dll dgn tidak teratur dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ra/] | ڤيرق

Definisi : Kd hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ra/] | ڤيرق

Definisi : /pérak/ 1 logam berharga yg berwarna keputih-putihan: cincin ~. 2 wang rupiah: Harganya lima ~. 3 warna spt perak 1. keperak-perakan agak (seakan-akan) perak warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perak

Puisi
 

Tanam jarak tak tumbuh jarak,
     Jarak nak tumbuh di langit putih;
Beri perak tak ambuhlah perak,
     Saya ambuh ke baju putih.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita,
     hujan emas perak di negeri orang;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama tempat: TOKONG TONG PERAK, PERAK atau TOKONG PERAK TONG, PERAKNama Tempat yang betul ialah TOKONG TONG PERAK, IPOHTatabahasa08.11.2016
kelab Pencegah Jenayah belum pasti sama ada akan mengadakan (lawatan ke negeri Kedah atau negeri Perak). yang satukah betul? lawatan ke negeri Kedah atau ke negeri Perak, lawatan ke negeeri Kedah dan Perak, lawatan ke negeri Kedah atau Perak, lawatan ke negeri Kedah atau ke negeri Perak.??Lawatan ke negeri Kedah atau Perak. Tidak perlu pengulangan.Tatabahasa06.08.2008
kalau saya nak bagi nama bangunan seperti Perak Residensi. bolehkah saya memberi nama seperti berikut.Penamaan kediaman boleh menggunakan frasa "Residensi Perak", namun untuk bangunan perlu diletakkan keterangan bangunan di hadapan nama seperti Wisma Perak atau Menara Perak.Lain-lain24.02.2015
Soalan 1 mengenai ayat tunggal pola FN + FN, manakah betul? a) Ibu negeri Perak Ipoh atau b) Ipoh ibu negeri Perak. Soalan 2 mengenai kata nama am / khas - a) Kami murid tahun satu atau b) Kami murid Tahun Satu

1) Ibu negeri Perak Ipoh atau Ipoh ibu negeri Perak. Kedua-dua ayat itu butul dan menepati pola FN + FN.

2) Kami murid tahun satu - tahun satu ialah kata nama am.

3) Kami murid Tahun Satu Gemilang - Tahun Satu Gemilang ialah kata nama khas.

Tatabahasa12.07.2011
ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan
  1. Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
Tatabahasa12.09.2021
Bagaimanakah ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan
  1. Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
Tatabahasa12.09.2021
Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan.Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara.Tatabahasa24.06.2014
Habil Perak THURS 07:31 Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya, bolehkah orang awam seperti saya pergi ke DBP dan perlukah saya membayar harga masuk. Bolehkah juga saya memasuki pusat dokumentasi melayu DBP untuk melihat manuskrip melayu untuk tujuan pendidikan. Terima kasihWaalaikumussalam... Untuk makluman tuan, untuk datang ke DBP tidak memerlukan sebarang bayaran untuk masuk. Di DBP kami ada menyediakan Perpustakaan di aras 4 untuk tuan/puan gunakan untuk mencari bahan rujukan yang diinginkan. Sekian terima kasihLain-lain23.03.2017
Ke Perak Farhan semalam untuk menemui rakan lamanya. Apakah kesalahan ayat ini?Ayat ini betul, iaitu ayat songsang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut.Tatabahasa29.07.2013
Kesilapan ejaan perak (bahasa Kd) versi jawi: [pé.ra/] | ڤيرق Definisi : Kd hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Bunyi bukan pé, tetapi pe (macam bunyi 'petai'). Bukan 'rak' tapi 'غak' ڤـغـقـPihak kami akan mengemukakan perkara ini kepada pihak yang terlibat, terima kasih atas keprihatinan tuan.Lain-lain04.02.2020
12345678910...

Kembali ke atas