Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.a.kau.nan]/[pe.ra.kau.nan] | ڤراکاءونن

Definisi : yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.a.kau.nan]/[pe.ra.kau.nan] | ڤراکاءونن

Definisi : hal mengenai akaun: ilmu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perakaunan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
,Perbezaan audit dan perakaunan..terima kasih

Audit ialah pemeriksaan dan penyemakan akaun kewangan oleh juruaudit profesional (akauntan) yang tidak terlibat dalam penyediaannya (akaun kewangan). Audit bertujuan untuk memastikan akaun organisasi memberi gambaran yang sebenar dan tepat tentang aktiviti perniagaan. Audit adalah bahagian yang penting dalam perakaunan. Perakaunan pula ialah penyediaan dan analisis rekod kewangan bagi syarikat swasta, kerajaan atau organisasi lain. Perakaunan membolehkan tafsiran maklumat kewangan dan hasilnya digunakan untuk perancangan masa depan. Contohnya, data-datanya dapat menunjukkan kepada eksekutif, produk atau jabatan yang berprestasi baik atau tidak baik.

Makna05.04.2017
Terjemahan istilah Perakaunan Penyata untung rugiUntuk makluman puan, istilah yang ada dalam pengkalan data kami ialah profit and loss statment, terjemahannya penyata untung rugi. Pada pandangan kami, jika konsep statement of profit or loss sama seperti profit and loss statment (hanya pembentukan kata yang berbeza), maka padanan penyata untuk rugi boleh digunakanIstilah25.02.2014
Apakah istilah perakaunan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan untuk "running balance"?Tiada istilah yang terdapat dalam kamus Inggeris Melayu. Tuan boleh menggunakan istilah "running balance" ( dengan membuat penandaan pengikat kata "    ")Istilah27.05.2013
sejarah perakaunan dalam islam??

Sila rujuk bahan ini :

1. Perakauan bank dan syarikat menurut sistem Islam oleh Atiyah Muhammad Kamal terbitan DBP tahun 1992

2. Perlukah perakaunan Islam oleh Muhd Kamil Ibrahim . Majalah Dewan ekonomi (Mei 1995)

Lain-lain26.02.2008
apa yang di katakan dengan laras bahasa perakaunan?Menurut Kamus Dewan, laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunannya. Laras bahasa perakauanan ialah variasi bahasa yang digunakan dalam bidang perakaunan. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh mendapatkan maklumat daripada buku Tatabahasa Dewan. terima kasih.Makna08.09.2006
Adakah istilah angka pengimbang wujud dalam bidang perakaunan?Istilah angka pengimbang ialah merujuk istilah sumber balancing figure yang berkaitan dengan bidang ekonomi dan boleh juga berkaitan dengan bidang perakaunan.Lain-lain22.12.2017
Salam sejahtera, Tuan/Puan, Saya bagi pihak agensi ingin memohon pandangan pihak DBP tentang penamaan program berikut: i. Sijil Perakaunan; atau ii. Sijil Akauntansi Yang manakah antara dua di atas yang betul penggunaannya? Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah Sijil Perakaunan. Tidak ada perkataan akauntasi dalam bahasa Melayu dan accounting diterjemahkan kepada perakaunan.Tatabahasa23.10.2015
Assalamualaikum. sy Nor Idayu merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya sedang membuat kajian tentang sensemaking guru perakaunan. Tajuk kajian adalah: Meneroka sensemaking guru Perakaunan tentang pengajaran dan pembelajaran atas talian. Akan tetapi, untuk term 'sensemaking' di dalam tajuk, saya mempunyai kesukaran untuk mencari term yang sesuai digunakan di dalam bahasa melayu. Saya berharap, pihak DBP dapat membantu saya dalam menggunaan istilah yang betul dan sesuai. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasihKami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “sensemaking” ialah “kepekaan deria” dan “pengamatan rasa”.Penyemakan dan penterjemahan10.06.2020
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ingin mendapatkan kepastian dari segi penggunaan huruf besar atau kecil. Contoh ayat: 1). Kajian ini dijalankan untuk mengetahuan tahap penguasaan konsep dalam kalangan murid Tingkatan Empat Prinsip Perakaunan. Adakah perkataan "Tingkatan Empat Prinsip Perakauan" perlu ditulis sebagai huruf besar? atau hanya ditulis seperti berikut: tingkatan empat Prinsip Perakaunan? 2). Murid sekolah menengah zon Ampang. Adakah sekolah menengah perlu ditulis dalam huruf besar juga? Sekian, terima kasih.

Perkataan  “Tingkatan Empat Prinsip Akaun” dalam ayat (1), huruf pertama ditulis dengan huruf besar jika nama khas dan ditulis dengan semua huruf kecil jika nama am.

Perkatan  “sekolah menengah”  dalam ayat (2) ialah nama am dan ditulis dengan huruf kecil.

 

 

Ejaan19.06.2020
Apakah terjemahan bagi konsep "triple bottom line" dalam bidang perakaunan?Mohon tuan/puan berikan penggunaan triple bottom line dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan20.08.2018
123

Kembali ke atas