Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.a.kau.nan]/[pe.ra.kau.nan] | ڤراکاءونن

Definisi : yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.a.kau.nan]/[pe.ra.kau.nan] | ڤراکاءونن

Definisi : hal mengenai akaun: ilmu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perakaunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accounting cyclekitar perakaunanPentadbiranTiadaTurutan perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh, perakaunan, bermula, daripada perekodan, pengelasan, dan peringkasan maklumat perakaunan.
accounting conventionkonvensyen perakaunanPentadbiranTiadaAmalan perakaunan yang digunakan untuk mentafsirkan konsep, perakaunan, iaitu konvensyen konservatisme, ketekalan, kebendaan dan sebagainya.
accounting cycle2kitaran perakaunanPentadbiran PerniagaanTiadaSusunan lengkap tatacara perakaunan yang diulangi mengikut susunan yang sama setiap satu tempoh perakaunan.
Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial InstitutionsOrganisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan IslamEkonomiEkonomi IslamBadan penyelaras piawaian perakaunan dan pengauditan yang berpusat di Bahrain. Organisasi ini bertujuan mengeluarkan piawaian perakaunan antarabangsa mengikut kerangka syariah untuk diguna pakai oleh institusi kewangan Islam. Organisasi ini dianggotai oleh beberapa ahli sukarela yang mewakili pengguna penyata institusi kewangan Islam, akauntan, jurubank, ahli akademik, ahli syariah dan badan pengawal selia. Organisasi ini dipantau oleh jawatankuasa syariah yang menilai piawaian dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan syariah. Singkatan AAOIFI.
accounting information system (AIS)sistem maklumat perakaunan (AIS)Teknologi MaklumatPerisianSistem yang mengandungi set aplikasi bagi menguruskan hal yang berkaitan dengan pengurusan perakaunan sesebuah organisasi. Sistem ini biasanya mengandungi modul penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan, penyata aliran tunai dan kunci kira-kira. Sistem ini dihubungkan dengan pangkalan data yang menyimpan semua maklumat perakaunan dan boleh dicapai melalui rangkaian. Sistem tanpa kertas ini mampu meningkatkan kecekapan pengurusan perakaunan.
management accountingperakaunan pengurusanPentadbiranTiadaSistem perakaunan yang memberikan maklumat kewangan untuk kegunaan perancangan dan kawalan syarikat.
acquisition accountingperakaunan ambil alihPentadbiranTiadaTatacara perakaunan yang diterima pakai oleh syarikat pengambil alih.
accounting doctrinedoktrin perakaunanPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi perakaunan tertentu yang pada umumnya kurang diterima.
accounting disclosurependedahan perakaunanPentadbiran PerniagaanTiadaLaporan perakaunan yang mendedahkan semua maklumat yang bermakna dan betul.
accounting principleprinsip perakaunanPentadbiran PerniagaanTiadaKajian perakaunan yang merangkumi konsep dan garis panduan serta amalan terperinci pada satu-satu jangka masa yang ditentukan.
12345678910...

Kembali ke atas