Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.nan] | ڤرانن

Definisi : 1. pemain sandiwara, pelawak; 2. bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil ~ sbg bahasa Kebangsaan yg tunggal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.nan] | ڤرانن

Definisi : 1 watak (yg dilakonkan oleh peran). 2 tugas (bahagian, pekerjaan) yg dilakukan utk menjayakan sesuatu: Ibu bapa harus memainkan ~ penting dlm usaha memupuk minat membaca di kalangan murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(Peranan) individu mencegah penularan penyakit COVID-19. atau (Peranan-peranan)individu mencegah penularan penyakit COVID-19. mana satu ayat di atas boleh diterima?Ayat yang betul ialah “Peranan individu mencegah penularan penyakit COVID-19”.Tatabahasa25.08.2022
Assalamualaikum wbt. Encik, saya ingin bertanya adakah ayat seperti di bawah betul atau sebaliknya. Peranan-peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaran. Sekian terima kasihAyat yang betul - Peranan ibu bapa membantu anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaranTatabahasa09.07.2008
apakah peranan DBP dalam pengantarabangsaan bahasa melayu? bagaimanakah caranya? apakah peranan MABM? peranan pihak-pihak kerajan?Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula  selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP juga turut menyebarkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa khususnya melalui MABM. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan  maklumat lanjut. Lain-lain27.12.2008
Saya ingin maklumat lanjut tentang peranan DBPPeranan DBP selaras dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang tentang DBP, antaranya ialah: Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996.Lain-lain04.04.2013
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "Double-Hatting" sesuai diterjemahkan kepada "Dua peranan" atau "Dua-peranan"? Frasa bermaksud seorang individu yang mempunyai dua peranan berbeza dalam sebuah syarikat. Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih."Double hatting" sesuai dipadankan sebagai dwiperanan.Istilah25.11.2018
Peranan Kamus Dewan edisi keempat dalam perkembangan bahasa melayuAssalammualaikum WM WBT

Secara umumnya, kamus berperanan dalam hal pembinaan bahasa. Kamus Dewan merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang paling autentik yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia, dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara masing-masing, seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia, dan juga negara yang sebahagian penuturnya merupakan penutur asli bahasa Melayu, seperti Singapura dan Thailand. Di samping itu, Kamus Dewan juga menjadi rujukan penting para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia, terutama di negara yang ada pengajian Melayu, seperti China, England, Korea dan beberapa buah negara di Eropah. Oleh itu, Kamus Dewan digunakan oleh penutur asli dan bukan penutur asli bahasa Melayu dan umum di sini bermaksud menyeluruh, iaitu penyusunan Kamus Dewan bukan untuk kelompok tertentu sahaja, malah untuk seluruh pengguna bahasa Melayu termasuklah penutur asli dan pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Saudara dicadangkan untuk merujuk terus kepada pegawai di Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
(a) Puan Hajah Salmah binti Jabbar, di talian 03-21479175 e-mel salmah@dbp.gov.my
(b) Puan Hajah Kamariah binti Yusof, di talian 03-21479174 e-mel kamari2@dbp.gov.my
Pengembangan18.02.2014
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM PEMBANGUNAN ISTILAH SAINS DAN TEKNOLOGIAntara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagaimana yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku atau makalah  yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel untuk mendapatkan senarai berkenaan. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan.Lain-lain11.04.2013
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Pembangunan Istilah Sains dan TeknologiAntara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa.Tatabahasa04.04.2013
-peranan/fungsi bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. -Kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikanUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan.Lain-lain25.09.2012
peranan iklan dalam pengglobalan bahasa melayu & kepentingan pengglobalan bahasa melalui iklan.

Saudara Hishamuddin,

Jawapan bagi pertanyaan yang saudara kemukakan memerlukan kajian dan rujukan kepustakaan. Oleh itu, saudara dinasihati agar membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara.   

Lain-lain06.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas