Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANCANGAN BANDAR

Perancangan bandar ialah proses mengawal

pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang

bandar – orang yang mengendalikan proses ini,

menasihati kerajaan mengenai cara memajukan

komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan

pemaju hartanah yang merancang untuk

memajukan komuniti yang baru.

UMUM 
TAPIOLA

Tapiola ialah sebuah komuniti dalam bandar raya

Espoo, Finland, yang menjadi terkenal di seluruh

dunia sebagai model perancangan bandar. Tapiola

terletak di bahagian selatan Finland. Untuk

mengetahui kedudukan Espoo, lihat Finland (peta

politik).

UMUM 
PERUMAHAN

Perumahan ialah apa jua bentuk bangunan yang

menyediakan perlindungan kepada manusia. Dalam

erti kata yang lebih umum, perumahan ialah

peruntukan perumahan terancang yang mengambil

kira soal perancangan bandar dan khidmat

masyarakat yang dapat memberikan satu suasana

penghidupan yang baik.

UMUM 
MAJLIS BANDAR RAYA IPOH

Majlis Bandar raya Ipoh (MBI), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perancangan Bandar raya Ipoh, ibu negeri Perak dan bandar keempat terbesar di Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
NEUTRA, RICHARD JOSEPH

Neutra, Richard Joseph (1892–1970) ialah

arkitek Austria yang bekerja di California,

Amerika Syarikat. Reka bentuknya yang terbaik

mencerminkan matlamatnya untuk membina

bangunan yang memenuhi keperluan biologi dan

psikologi, di samping pertimbangan seni dan

teknikal. Dalam bukunya Survival Through

Design (1954), Neutra menyatakan bahawa

manusia dapat hidup hanya dengan mengawal

alam sekitar menerusi reka bentuk, seni bina,

dan perancangan bandar.

UMUM 
MAJLIS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU

Majlis Bandar raya Johor Bahru (MBJB), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran, perancangan dan pembangunan Bandar raya Johor Bahru.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
SELANGOR

Selangor (pend. 2 289 236) ialah negeri yang

terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia,

keluasannya 8200 kilometer persegi, berada di

antara garisan lintang 3 ° 40’ dan 2 ° 30’ utara. Ibu

negerinya Shah Alam sementara bandar diraja ialah

Kelang yang terletak di bahagian barat negeri itu.

Shah Alam menjadi ibu negeri Selangor dan pusat

pentadbiran pada tahun 1980 setelah mengalami

perubahan pesat baik dari segi infrastruktur

mahupun kependudukan. Ini disebabkan kawasan

Shah Alam lebih luas dan mempunyai perancangan

bandar moden yang lebih sistematik. Shah Alam

semakin berkembang dengan mempunyai beberapa

buah hotel mewah dan kawasan perindustrian dan

pelancongan.

UMUM 
BRASÍLIA

Brasília (pend. 411 305) ialah ibu negara Brazil

dan satu daripada contoh utama bagi perancangan

bandar secara besar-besaran.

UMUM 

Kembali ke atas