Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara negeri dgn negeri dll: ~ antara kedua-dua negeri itu tidak berkesudahan; pecah ~ a) mulai terbit perang; b) sl kalah perang; 2. ki perbuatan beradu tenaga (kekuatan dll), pergaduhan, perjuang­an: timbullah ~ antara kedua-dua akhbar itu; 3. bp = berperang bertempur; pergi ~ pergi bertempur; ~ asabat = ~ (urat) saraf perang tidak ber­tempur (hanya baharu saling menggertak, menakuti, dll), usaha utk melemahkan musuh dgn menunjukkan moralnya; ~ asap latihan perang; ~ atom perang dgn menggunakan senjata-senjata atom; ~ besar perang yg lama dan hebat; ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb; ~ dingin a) perang secara saling menggertak (belum mengguna­kan senjata lagi utk menyerang dsb); b) bp bergaduh dgn tidak bercakap (suami isteri dll); ~ dunia perang yg besar antara beberapa buah negara besar di dunia; ~ ekonomi permusuhan atau persengketaan yg melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (spt penyekatan eksport dan import barang dll) dgn tujuan hendak menghancurkan pihak musuh; ~ gerila perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan (secara bersem­bunyi); ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma-firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin; ~ kilat perang yg dilakukan dgn pantas dan mengejut supaya lekas habis; ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata; ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, kimia atau biologi; ~ mendada = ~ tanding(an) perang (pergaduhan) seorang melawan seorang; ~ mulut (bicara) bertengkar dgn menggunakan (mengeluarkan) kata-kata yg keras dan kasar, saling berban­tahan; ~ nuklear perang yg melibatkan peng­gunaan senjata nuklear; ~ paderi perang antara kaum Islam dgn kaum adat (yg dibantu oleh Belanda di Sumatera Barat pd tahun 1821– 1837); ~ pena pertengkaran (polemik) mela­lui tulisan di akhbar dll; ~ sabil perang utk mempertahankan agama Islam; ~ salib perang utk membebaskan Baitulmuqaddis (oleh orang Kristian); ~ (urat) saraf perang (persengketa­an) setakat gertak-menggertak dan ancam­-mengancam sahaja tanpa benar-benar serang­-menyerang dgn senjata; ~ saudara = ~ sipil Id perang antara orang-orang yg sebangsa (atau antara puak-puak) dlm sesebuah negara; ~ terbuka perang secara besar-besaran di tempat terbuka (bukan perang gerila); ~ bermalaikat sabung berjuara prb kita ber­usaha tetapi Tuhan yg menentukan berjaya atau tidak; kalau tak takut akan mati tak sedunia ~ prb dikatakan tentang pekerjaan yg amat berbahaya tetapi digemari orang; perang-perangan 1. latihan berperang; 2. permainan berperang; berperang melakukan perang, berjuang, ber­tempur: mereka ~ utk mempertahankan kedaulatan negara mereka; berperangan saling berperang: umat manusia kembali ke zaman kunonya, masing-masing ~ dan berbunuhan; memerangi 1. berperang dgn, berperang melawan: senjata itu sekarang digunakan pula utk ~ rakyat Indonesia; 2. melawan, membasmi, menghapuskan: faham-faham yg berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan; memerangkan, memperperangkan 1. mere­butkan sesuatu dgn berperang, berperang utk; 2. memperlagakan (mengadu) supaya ber­perang; peperangan perang, perjuangan, pertem­puran; medan ~ medan (tempat) berperang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pérang) merah yg kehitam-hitaman (kekuning-kuningan): parasnya memang menarik dgn rambutnya yg ~; keperang-perangan agak perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /pérang/ warna merah kehitam-hitaman. keperangan keadaan atau sifat perang. keperang-perangan agak perang warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : perkelahian besar antara negara atau antara kumpulan yg bermusuhan dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata: ~ membawa kesengsaraan. ~ atom perang dgn menggunakan senjata atom. ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb. ~ dingin a. perang secara gertak-menggertak (belum menggunakan senjata lagi). b. bp bergaduh dgn tidak bercakap antara satu dgn yg lain (bkn suami isteri dll). ~ dunia perang antara beberapa buah negara besar di dunia. ~ gerila perang secara bersembunyi-sembunyi. ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin. ~ kilat perang yg dilakukan dgn cepat. ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata. ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, senjata kimia atau senjata biologi. ~ mulut bertengkar dgn menggunakan kata-kata yg kasar. ~ nuklear perang yg menggunakan senjata nuklear, iaitu senjata dgn tenaga atom yg boleh mendatangkan kemusnahan disebabkan letupan, bahang dan sinaran bahan radioaktif. ~ sabil perang di jalan Allah; perang utk mempertahankan agama Islam. ~ salib perang utk mempertahankan Baitulmuqaddis drpd serangan orang Kristian. ~ saudara perang sesama bangsa sendiri dlm sesebuah negara. perang-perangan 1 latihan perang. 2 permainan perang. berperang berlawan dgn musuh secara besar-besaran dgn menggunakan senjata: Selama dlm latihan, mereka diajar ttg cara menggunakan senjata, dan ttg cara ~ juga. memerangi 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang terhadap: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar banar. peperangan keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,

Puisi
 

Dari Acheh perang Belanda,
     Belanda banyak beribu-ribu;
Cerailah kasih kepada kanda,
     Dindalah jangan mata bankudu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hendak ucok (= damai) dilawan damai,
     hendak perang giling peluru.

Bermaksud :

Bersedia menghadapi segala kemungkinan. ucok = berunding mencari jalan damai.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
soldier play at ~s, main perang(-perang): the children often play at ~s in the garden, budak-budak itu selalu main perang di halaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wartimeadj & n masa perang: ~ rationing, catuan masa perang; working under ~ conditions, bekerja dlm keadaan masa perang; hardship and destruction during ~, kesusahan dan kemusnahan dlm masa perang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pre-waradjsebelum perang: a ~ building, bangunan sebelum perang; in ~ days, the problem was virtually unknown, pada waktu sebelum perang, masalah itu tdk diketahui sebenarnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
world warn perang dunia: the First W~, Perang Dunia Pertama; there were fears that the Gulf conflict might lead to ~, ada kebimbangan bahawa konflik Teluk mungkin mencetuskan perang dunia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dueln 1. fight between two persons, (ber)perang /tanding, mendada/, pertarungan, bertarung: he challenged his rival to a ~, dia mencabar lawannya utk berperang tanding; 2. any contest, struggle, perang: a ~ of words, perang mulut; there followed a ~ between the country’s leading newspapers, ekoran itu berlaku perang antara dua drpd akhbar terkemuka negara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hazeladj perang: ~ eyes, mata perang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
holy warn perang agama; ( in Islam) perang /jihad, sabil/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
warn 1. armed conflict, battle, peperangan, perang: ~ broke out between the two nations, peperangan tercetus antara dua negara itu; many lives were lost in the ~, banyak nyawa yg terkorban dlm peperangan itu; World W~ II, Perang Dunia II; 2. campaign or struggle against a particular thing, perang: the government is planning a ~ on drugs, kerajaan sedang merancang perang thdp najis dadah; perang menentang buta huruf belum berjaya lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tannedadj perang: a sun-~ face, kulit muka yg perang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duellingn perang /tanding, mendada/, pertarungan: ~ has been outlawed, perang tanding telah diharamkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas