Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara negeri dgn negeri dll: ~ antara kedua-dua negeri itu tidak berkesudahan; pecah ~ a) mulai terbit perang; b) sl kalah perang; 2. ki perbuatan beradu tenaga (kekuatan dll), pergaduhan, perjuang­an: timbullah ~ antara kedua-dua akhbar itu; 3. bp = berperang bertempur; pergi ~ pergi bertempur; ~ asabat = ~ (urat) saraf perang tidak ber­tempur (hanya baharu saling menggertak, menakuti, dll), usaha utk melemahkan musuh dgn menunjukkan moralnya; ~ asap latihan perang; ~ atom perang dgn menggunakan senjata-senjata atom; ~ besar perang yg lama dan hebat; ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb; ~ dingin a) perang secara saling menggertak (belum mengguna­kan senjata lagi utk menyerang dsb); b) bp bergaduh dgn tidak bercakap (suami isteri dll); ~ dunia perang yg besar antara beberapa buah negara besar di dunia; ~ ekonomi permusuhan atau persengketaan yg melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (spt penyekatan eksport dan import barang dll) dgn tujuan hendak menghancurkan pihak musuh; ~ gerila perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan (secara bersem­bunyi); ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma-firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin; ~ kilat perang yg dilakukan dgn pantas dan mengejut supaya lekas habis; ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata; ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, kimia atau biologi; ~ mendada = ~ tanding(an) perang (pergaduhan) seorang melawan seorang; ~ mulut (bicara) bertengkar dgn menggunakan (mengeluarkan) kata-kata yg keras dan kasar, saling berban­tahan; ~ nuklear perang yg melibatkan peng­gunaan senjata nuklear; ~ paderi perang antara kaum Islam dgn kaum adat (yg dibantu oleh Belanda di Sumatera Barat pd tahun 1821– 1837); ~ pena pertengkaran (polemik) mela­lui tulisan di akhbar dll; ~ sabil perang utk mempertahankan agama Islam; ~ salib perang utk membebaskan Baitulmuqaddis (oleh orang Kristian); ~ (urat) saraf perang (persengketa­an) setakat gertak-menggertak dan ancam­-mengancam sahaja tanpa benar-benar serang­-menyerang dgn senjata; ~ saudara = ~ sipil Id perang antara orang-orang yg sebangsa (atau antara puak-puak) dlm sesebuah negara; ~ terbuka perang secara besar-besaran di tempat terbuka (bukan perang gerila); ~ bermalaikat sabung berjuara prb kita ber­usaha tetapi Tuhan yg menentukan berjaya atau tidak; kalau tak takut akan mati tak sedunia ~ prb dikatakan tentang pekerjaan yg amat berbahaya tetapi digemari orang; perang-perangan 1. latihan berperang; 2. permainan berperang; berperang melakukan perang, berjuang, ber­tempur: mereka ~ utk mempertahankan kedaulatan negara mereka; berperangan saling berperang: umat manusia kembali ke zaman kunonya, masing-masing ~ dan berbunuhan; memerangi 1. berperang dgn, berperang melawan: senjata itu sekarang digunakan pula utk ~ rakyat Indonesia; 2. melawan, membasmi, menghapuskan: faham-faham yg berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan; memerangkan, memperperangkan 1. mere­butkan sesuatu dgn berperang, berperang utk; 2. memperlagakan (mengadu) supaya ber­perang; peperangan perang, perjuangan, pertem­puran; medan ~ medan (tempat) berperang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pérang) merah yg kehitam-hitaman (kekuning-kuningan): parasnya memang menarik dgn rambutnya yg ~; keperang-perangan agak perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /pérang/ warna merah kehitam-hitaman. keperangan keadaan atau sifat perang. keperang-perangan agak perang warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : perkelahian besar antara negara atau antara kumpulan yg bermusuhan dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata: ~ membawa kesengsaraan. ~ atom perang dgn menggunakan senjata atom. ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb. ~ dingin a. perang secara gertak-menggertak (belum menggunakan senjata lagi). b. bp bergaduh dgn tidak bercakap antara satu dgn yg lain (bkn suami isteri dll). ~ dunia perang antara beberapa buah negara besar di dunia. ~ gerila perang secara bersembunyi-sembunyi. ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin. ~ kilat perang yg dilakukan dgn cepat. ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata. ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, senjata kimia atau senjata biologi. ~ mulut bertengkar dgn menggunakan kata-kata yg kasar. ~ nuklear perang yg menggunakan senjata nuklear, iaitu senjata dgn tenaga atom yg boleh mendatangkan kemusnahan disebabkan letupan, bahang dan sinaran bahan radioaktif. ~ sabil perang di jalan Allah; perang utk mempertahankan agama Islam. ~ salib perang utk mempertahankan Baitulmuqaddis drpd serangan orang Kristian. ~ saudara perang sesama bangsa sendiri dlm sesebuah negara. perang-perangan 1 latihan perang. 2 permainan perang. berperang berlawan dgn musuh secara besar-besaran dgn menggunakan senjata: Selama dlm latihan, mereka diajar ttg cara menggunakan senjata, dan ttg cara ~ juga. memerangi 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang terhadap: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar banar. peperangan keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,

Puisi
 

Dari Acheh perang Belanda,
     Belanda banyak beribu-ribu;
Cerailah kasih kepada kanda,
     Dindalah jangan mata bankudu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hendak ucok (= damai) dilawan damai,
     hendak perang giling peluru.

Bermaksud :

Bersedia menghadapi segala kemungkinan. ucok = berunding mencari jalan damai.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
roscoeliteroscoelitGeologiTiadaMineral menggalas vanadium daripada kumpulan mika yang berwarna perang kekuningan, perang kekelabuan, atau perang kehijauan.
act of wartindakan perangSains PolitikHubungan AntarabangsaMenurut tatacara peraturan antarabangsa, negara atau pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan perang apabila merasakan perlu berbuat demikian. Prinsip yang boleh mengekang tindakan perang ini dipengaruhi oleh pertimbangan kebajikan umum. Namun demikian, dalam keadaan mutakhir ini piagam PBB mengenai peperangan dengan jelas telah memutuskan sempadan tindakan pemaksaan (perang) secara sah atau tidak sah. Tindakan kekerasan hanya boleh dikenakan bagi tujuan mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan mekanisme pengurusan konflik yang lemah kebanyakan negara menangani konflik secara kekerasan termasuklah perang. Dalam keadaan semasa, perang gerila dan tindakan keganasan secara terancang menjadikan peraturan peperangan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Penglibatan pihak asing dalam kancah perang saudara dan perang antara negara merumitkan lagi keadaan, seperti krisis di Timur Tengah.
revolutionary warperang revolusionerSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang yang berlaku antara kerajaan dengan kumpulan bukan kerajaan dalam sesebuah negara dan tidak melampaui sempadan negara tersebut. Matlamat kumpulan bukan kerajaan yang terlibat dalam perang ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan serta sistem politik yang wujud dan menggantikannya dengan kerajaan dan sistem yang baru. Perang ini biasanya dikaitkan dengan perang yang bercirikan unsur ideologi. Dalam tempoh Perang Dingin, ramai penganalisis politik menganggap perang ini dilancarkan oleh kumpulan Marxisme.
war crimejenayah perangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan yang melanggar undang-undang atau kelaziman perang oleh seseorang atau beberapa orang, negara dan sebagainya. Kategori jenayah yang dilakukan termasuklah pembunuhan, penganiayaan atau pengusiran penduduk awam di wilayah yang diduduki, pembunuhan atau penganiayaan tawanan perang, pembunuhan tebusan, pemusnahan sewenang-wenang terhadap bandar, pekan dan kampung, dan sebarang pembinasaan yang tidak berasaskan keperluan ketenteraan. Pelaku jenayah perang ini disebut sebagai penjenayah perang. Undang-undang yang berkaitan dengan jenayah perang antarabangsa antara lainnya ialah The Hague Convention V Respecting the Rights and Duties of Neutral Powers and Persons in Case of War on Land 1907, Geneva Protocol for the Prohibition of the Use in War of Asphyxiating, UN Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide 1948, dan Geneva Convention III Relative to the Treatment of Prisoners of War 1949.
just warperang adilSains PolitikHubungan AntarabangsaTeori yang menganggap wujudnya keadaan tertentu yang menjadikan tindakan sesuatu peperangan adil. Teori ini juga menentukan cara untuk berperang secara adil. Teori ini berasal daripada pemikiran Kristian Zaman Pertengahan dan perkembangan undang-undang antarabangsa selepasnya, terutama dalam karya Grotius dan Samual Pufendorf (1632� 1694). Perbahasan dalam perang adil berkisar tentang dua persoalan, iaitu keadilan dalam perang (jus in bello) dan hukum perang (jus ad bellum). Menjelang kurun ke-20, minat umum dalam teori perang adil merosot disebabkan kesedaran tentang keganasan dan kesengsaraan akibat semua jenis peperangan. Namun demikian, perbahasan tentang perang adil muncul semula berikutan isu pelibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam, Perang Teluk dan pencerobohan terhadap Iraq.
khibinitekibinitGeologiTiadaMineral berwarna perang kemerahan atau perang kekuningan yang terdiri daripada silikat natrium, kalsium, titanium, zirkonium dan serium.
demi-glacedemi-glasPentadbiran PerniagaanTiadaSos daripada sos perang dan kaldu perang yang dididihkan sehingga pekat.
war risk cancellationpembatalan risiko perangPentadbiran PerniagaanTiada. Fasal perang bagi insurans kapal, membatalkan perlindungan serta-merta jika peperangan besar berlaku melibatkan kuasa-kuasa besar. Dalam insurans penerbangan, perlindungan risiko perang ke atas kargo boleh dibatalkan tertakluk kepada pemberian notis 7 hari manakala ke atas pesawat ialah 48 jam atau serta-merta jika berlaku peperangan besar.
interwar periodjangka masa antara perangSains PolitikHubungan AntarabangsaTempoh masa antara dua peperangan seperti antara Perang Dunia Pertama (28 Julai 1914�11 November 1918) dengan Perang Dunia Kedua (1 September 1939�2 September 1945).
morelmorelPentadbiran PerniagaanTiadaCendawan berbentuk kon bulat yang mempunyai tekstur seperti span, berwarna perang gelap atau perang kekuningan dan mempunyai lekuk-lekuk yang jarang.
12345678910...

Kembali ke atas