Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perselisihan dgn tidak menggunakan ke­kerasan senjata (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) perang secara saling menggertak (belum mengguna­kan senjata lagi utk menyerang dsb); b) bp bergaduh dgn tidak bercakap (suami isteri dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. perang secara gertak-menggertak (belum menggunakan senjata lagi). b. bp bergaduh dgn tidak bercakap antara satu dgn yg lain (bkn suami isteri dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG DINGIN

Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi

memerihalkan persaingan hebat yang tercetus

selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara

kumpulan negara komunis dengan negara bukan

komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan

Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu

komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur .

Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika

Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya

dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa

tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak

membawa kepada peperangan sebenar atau perang

“panas” pada skala yang luas.

UMUM 
TIMUR

Timur , dalam hubungan antarabangsa. Lihat

Perang Dingin.

UMUM 
KEKKONEN, URHO KALEVA

Kekkonen, Urho Kaleva (1900–1986), menjadi

presiden Finland dari tahun 1956 hingga tahun

1981. Ramai yang percaya bahawa dasar yang

dijalankannya telah menyelamatkan Finland

daripada menjadi sebuah negara Komunis.

Kekkonen menekankan pengecualian dalam

Perang Dingin dan bekerjasama dengan kedua-dua

pihak, iaitu Kesatuan Soviet dan pihak Barat. Di

bawah pemerintahannya, Finland menjadi ahli

bersekutu kepada European Free Trade

Association (EFTA) atau Pertubuhan Perdagangan

Bebas Eropah. Finland juga terlibat dalam

persidangan keselamatan Eropah yang dapat

menjamin mengurangkan tekanan di kalangan

orang Eropah.

UMUM 

Kembali ke atas