Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perang yg besar antara beberapa buah negara besar di dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perang antara beberapa buah negara besar di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam... Adakah "Perang dingin", "Perang saudara"", "Perang dunia pertama", dan "Perang dunia kedua" merupakan nama khas dan perlu dieja dengan huruf besar pada setiap pangkal katanya?Wassalam,

Tuan/Puan,

Peperangan yang merujuk perang khas perlu dieja dengan huruf besar seperti Perang Dingin, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Perang saudara ditulis sebagai kata nama am kerana merujuk perang saudara yang umum. Sekiranya merujuk Perang Saudara Amerika (1861-1865), baru ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa16.02.2016
Salam sejahtera tuan/puan, Minta khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang persoalan berikut: 1. Perang Dunia Kedua @ Perang Dunia II (yang mana satu betul?) 2. 10 tahun kemudian..... @ Sepuluh tahun kemudian.... (yang mana satu betul?) 3. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'shrine' dalam Kamus Dewan ialah tempat suci/keramat/tokong/topekong...apakah padanan ini sesuai untuk 'Yasukuni Shrine' di Jepun? Terima kasih.Berikut merupakan jawapan bagi tiga (3) pertanyaan yang dikemukakan:
1. Perang Dunia Kedua
2. Selepas 10 tahun
3. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tempat keramat merupakan tempat yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat; banyak orang yang pergi ke tempat keramat untuk meminta sesuatu dan bernazar; minta keramat sama dengan minta berkat (restu) dari tempat yang keramat.
Lain-lain16.06.2019
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) ..Bilakah Perang Dunia Kedua berakhir? atau Perang Dunia Kedua berakhir bila? Di mana nak letak bila..awal atau akhir ayat?"Kata tanya boleh hadir di hadapan dan di akhir dalam ayat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah.Tatabahasa08.03.2013
Perang dunia melibatkan lebih dari/daripada 30 buah negara. 30 negara itu dikira organisasi atau tempat?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud negara ialah sesuatu kawasan yang didiami oleh masyarakat. Maka ayat yang betul ialah Perang dunia melibatkan lebih daripada 30 buah negaraTatabahasa11.02.2021
salam, Praperang Dunia Ke-2 atau pra-Perang Dunia Ke-2 @ Pascaperang Dunia ke-2 atau pasca-Perang Dunia Ke-2 yang manakah lebih tepat?Salam,

Jawapan yang betul:

1. Praperang Dunia ke-2
2. Pascaperang Dunia ke-2
Ejaan29.10.2015
Tuan, Adakah nama jawatan dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam artikel yang berikut perlu dicondongkan (italic)? ..........Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Director of Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Nama jawatan dalam bahasa Inggeris tidak ditulis dengan huruf miring (italik) tetapi mesti diterjemahkan dalam bahasa Melayu.  Ayat yang betul ialah…Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan Malayan Union Services (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Tatabahasa21.03.2014
memerlukan bahan rujukan untuk tajuk akhbar-akhbar dan majalah agama sebelum perang dunia ke-2

TErima kasih atas soalan saudara.

Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur untuk mendapatkan yang berkaitan untuk rujukan saudara seperti dibawah :

1. Buku Cenderamata Pameran Percetakan Awal Dalam Bahasa Melayu

2. Katalog Percetakaan Awal Persuratan Melayu

3.

 Penerbitan & Percetakan Buku Melayu 1807-1960Md. Sidin Ahmad IshakDewan Bahasa dan Pustaka1998

Lain-lain13.07.2008
Bolehkah kita menggunakan 'beliau' bagi memerihalkan seseorang diktator dalam sejarah? Contoh, beliau untuk Adolt Hitler. Seperti yang kita tahu, Adolf Hitler merupakan seorang diktator yang kejam ketika Perang Dunia Kedua sehingga menyebabkan kematian ramai orang awam di Eropah dan Afrika Utara, bolehkah beliau digunakan sedang beliau itu untuk orang yang dihormati? Harap maklumBeliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati. Beliau boleh digunakan untuk menggantikan nama yang dihormati atau meraikan ketuaan penama berkenaan. Oleh itu, kata ganti nama beliau boleh digunakan dalam konteks tersebut atau kekalkan namanya sahaja berulang kali pada setiap ayat.Tatabahasa03.02.2021
Sila pilih jawapan yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan-soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). Terima kasih. 1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (bawah/di bawah) Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan. 2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan (bawah/di bawah) pasukan tentera Jepun ke-25. 3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan (bawah/di bawah) arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. 4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton (bawah/di bawah) bimbingan jurulatihnya. 5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut (bawah/di bawah) pujukan kawannya. 6. (Salah satu/Salah satu daripada) faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang (pada/kepada) prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya.

Berikut merupakan ayat-ayat yang betul:



1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan.

2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan bawah pasukan tentera Jepun ke-25.

3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara.

4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton bawah bimbingan jurulatihnya.

5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut setelah dipujuk oleh kawannya.

6. Salah satu daripada faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.

7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang pada prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya

Tatabahasa22.09.2021
fungsi bahasa melayu modern

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia II" class="mw-redirect">Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah fungsi sila rujuk buku/artikel yang berkaitan kerana tajuk ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut.

Lain-lain04.06.2009
12

Kembali ke atas