Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perang yg besar antara beberapa buah negara besar di dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perang antara beberapa buah negara besar di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interwar periodjangka masa antara perangSains PolitikHubungan AntarabangsaTempoh masa antara dua peperangan seperti antara Perang Dunia Pertama (28 Julai 1914�11 November 1918) dengan Perang Dunia Kedua (1 September 1939�2 September 1945).
Second World WarPerang Dunia KeduaSejarahTiadaTiada
First World WarPerang Dunia PertamaSejarahTiadaTiada
League of NationsLiga Bangsa-BangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1920 selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, bertujuan untuk mencapai keamanan dan keselamatan antarabangsa bagi menghindari terjadinya peperangan. Liga Bangsa-Bangsa ialah pertubuhan antarabangsa yang mula-mula sekali ditubuhkan. Ia diasaskan atas konsep keselamatan bersama. Liga Bangsa-Bangsa telah dibubarkan pada tahun 1946 selepas gagal menghalang Perang Dunia Kedua daripada meletus dan digantikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
postmodern artseni postmodenKesenianTiadaSeni lepas perang dunia kedua yang mempersoalkan nilai seni lukis moden.
Fascismfahaman FasisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul sebagai reaksi penentangan terhadap sayap kiri selepas Perang Dunia Pertama. Dalam pengertian khusus, fahaman ini merujuk kepada sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang berbentuk diktator dan nasionalis. Fahaman ini diperkenalkan oleh Mussolini di Itali (1922 � 1943). Secara umumnya, fahaman ini juga merujuk kepada fahaman yang mirip dengan aliran yang diperkenalkan oleh Mussolini yang dianuti di negara lain di seluruh dunia, khususnya sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Contoh negara yang pernah menganut fahaman ini ialah Jerman, Austria, Jepun, Romania, Brazil (pimpinan Vargas), Sepanyol (pimpinan Franco), Portugal (pimpinan Salazar) dan Argentina (pimpinan Peron). Para sarjana dan ahli teori berpendapat bahawa fahaman ini merupakan ideologi faham pelampau kanan yang merangkumi ras, agama, ekonomi, kebajikan sosial dan kepimpinan. Asas fahaman ini secara langsung dan secara khusus menentang komunisme, sosialisme dan liberalisme. Dalam konteks hubungan antarabangsa, fahaman ini berkait rapat dengan dasar imperalisme, militarisme dan nasionalisme. Ciri-ciri asas aliran tersebut adalah seperti yang berikut: i. sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang autokratik; ii. struktur negara berbentuk koperatif; iii. pemerintahan berasaskan prinsip kepimpinan yang dijalankan oleh kaum elit; iv. menekankan prinsip autarki; dan v. membebaskan diri daripada pengaruh fatalisme.
United Nations Relief and Rehabilitation Administration (UNRRAPentadbiran Bantuan dan Pemulihan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1943 semasa Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada kawasan yang dibebaskan daripada kuasa paksi (Jerman, Itali dan Jepun). Pada tahun 1943, terdapat 52 buah negara yang terlibat dalam pertubuhan ini yang menyumbangkan dua peratus daripada pendapatan negara mereka kepada pertubuhan ini. Bantuan yang disediakan seperti bantuan kecemasan, makanan dan ubat-ubatan serta membaik pulih perkhidmatan awam, pertanian dan industri. Antara negara yang pernah mendapat bantuan daripada pertubuhan ini ialah China, Czechoslovakia, Greece, Itali, Poland, Ukraine dan Yugoslavia. Selepas Perang Dunia Kedua, pertubuhan ini berjaya menolong seramai tujuh juta pelarian pulang ke negara masing-masing. Pertubuhan ini menghentikan operasinya di Eropah pada 30 Jun 1947 dan di China pada 31 Mac 1949. Pada masa kini, fungsi pertubuhan ini telah dipindahkan ke pertubuhan lain di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu seperti Pertubuhan Pelarian Antarabangsa, Pertubuhan Makanan dan Pertanian dan Tabung Kanak- Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. Sinonim UNRRA.
decolonizationpenyahjajahanSejarahTiadaPerbuatan mengenyahkan penjajahan oleh pihak imperialisme bermula selepas Perang Dunia II oleh kuasa-kuasa Eropah yang melepaskan jajahan mereka.
Big FiveLima Kuasa BesarSains PolitikHubungan AntarabangsaLima negara kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China adalah merupakan lima negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB. Bahasa kesemua negara tersebut turut diterima untuk menjadi bahasa rasmi dalam urusan PBB. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto apabila PBB menyekat penindasan Israel terhadap Palestin.
jumpsuitjumpsutKesenianTiadaKemeja dan seluar selanjar, berzip dan berbutang hadapan. Diperkenalkan pada Perang Dunia I untuk juruterbang.
123456789

Kembali ke atas