Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id perang antara orang-orang yg sebangsa (atau antara puak-puak) dlm sesebuah negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perang sesama bangsa sendiri dlm sesebuah negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG SAUDARA IRELAND

Perang Saudara Ireland tercetus antara

penyokong dan penentang perjanjian Anglo-

Ireland yang ditandatangani pada bulan Disember

1921. Peperangan itu berlarutan dari bulan Januari

1922 hingga Mei 1923. Tentera kerajaan yang

menyokong perjanjian memenangi peperangan

yang juga disokong oleh majoriti orang Ireland.

Kemenangan mereka menjamin hidupnya

demokrasi berparlimen dan menyingkirkan

ancaman pemerintahan diktator oleh tentera yang

diinginkan oleh sebahagian pejuang yang anti-

perjanjian tersebut. Peperangan itu meninggalkan

kenangan pahit yang mempengaruhi parti politik

Ireland sehingga kini.

UMUM 
PERANG SAUDARA AMERIKA

Perang Saudara Amerika (1861–1865) ialah

satu konflik antara dua bahagian di Amerika

Syarikat. Negara di selatan dikenali sebagai Selatan

atau Negeri-negeri Gabungan, bertempur untuk

mempertahankan perhambaan kaum kulit hitam

dan kehidupan yang berasaskan pertanian. Negara

di utara pula dikenali sebagai Utara atau Kesatuan,

menentang perhambaan yang diamalkan di

selatan serta bertujuan memelihara Kesatuan

semua negeri di Amerika Syarikat. Perang

Saudara Amerika mengorbankan lebih ramai

nyawa penduduk Amerika Syarikat berbanding

peperangan lain. Peperangan ini juga telah

memecahbelahkan penduduk negara itu sehingga

berlaku pergaduhan antara sesama saudara dalam

sesetengah keluarga. Pertumpahan darah yang

dahsyat itu telah menyebabkan kedukaan dan

kesengsaraan yang berlarutan sehingga beberapa

tahun. Malah sehingga kini, peperangan itu masih

lagi tidak berakhir dalam erti kata yang sebenar.

UMUM 
PERANG SAUDARAPeperangan antara pihak-pihak yang bertentangan di dalam sebuah negara.UNDANG-UNDANGKonsep
KNICKERBOCKER GROUP

Knickerbocker Group lihat Perang Saudara

Amerika.

UMUM 
PERJANJIAN EDINBURGH

Perjanjian Edinburgh (1560) menamatkan

perang saudara di Scotland antara pihak Protestan

Scotland dengan Roman Katolik Scotland yang

disokong oleh Perancis.

UMUM 
PERISTIWA TRENT

Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut

pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia

hampir mengheret England dalam konflik di

Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang

pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M.

Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan

misi mendapatkan bantuan Perancis dan England

yang berkecuali agar membantu pihak Selatan.

Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung

pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa

menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba .

Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto

menahan kapal British itu tanpa arahan untuk

berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan

Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts.

Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di

lautan kerana England adalah negara berkecuali.

UMUM 
PICKETT, GEORGE EDWARD

Pickett, George Edward (1825–1875) adalah

tentera Jeneral Gabungan dalam Perang Saudara

Amerika. Peranannya dalam Pertempuran

Gettysburg meletakkannya dalam kedudukan

sebagai salah satu peristiwa besar dalam sejarah

Amerika. Pada 3 Julai 1863, Cemetery Ridge

merupakan satu kunci utama kepada kedudukan

Tentera Kesatuan. Pasukan tentera pimpinan Pickett

menyerbu ke atas bukit ketika menghadapi bedilan

senjata berat yang hebat dan berjaya memecahkan

barisan Tentera Kesatuan. Para askar berjuang

bermati-matian tanpa sebarang bantuan daripada

negeri-negeri Gabungan yang lain. Akhirnya

tenteranya berundur setelah mengalami kekalahan

teruk.

UMUM 
SHERMAN, WILLIAM TECUMSEH

Sherman, William Tecumseh (1820–1891)

ialah jeneral terkemuka pihak Kesatuan dalam

Perang Saudara Amerika (1861–1865). Dia menjadi

sangat terkenal kerana “kemaraannya ke laut”

menyeberangi Georgia, pada tahun 1864 dan juga

kerana kemaraannya menawan negeri Carolina

pada tahun 1865. Dalam kedua-dua kemaraan ini,

tentera Sherman memusnahkan sebahagian besar

daripada tentera dan sumber ekonomi pihak

Selatan. Dari tahun 1869 hingga tahun 1883,

Sherman berkhidmat sebagai jeneral pemerintah

Angkatan Tentera Amerika Syarikat.

UMUM 
SEWARD, WILLIAM HENRY

Seward, William Henry (1801–1872),

berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika

Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861–

1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang

terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi

tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan

calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk

pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet

Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab

kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar

negara, negara-negara Eropah tidak memberi

sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri

Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang

yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada

malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang

lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya

sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden

Andrew Johnson.

UMUM 
PERTEMPURAN GETTYSBURG

Pertempuran Gettysburg, berlaku pada 1 Julai

hingga 3 Julai 1963 dan merupakan titik penentuan

dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Jeneral

George G. Meade yang mengetuai tentera Utara

(Kesatuan) seramai 90 000 orang untuk menewaskan

Jeneral Robert E. Lee yang mengetuai tentera

Selatan (Gabungan) seramai 75 000 orang. Kedua-

dua pasukan bersenjata bertempur secara

kebetulan di sebuah bandar kecil, di Gettysburg,

Pennsylvania . Tembak-menembak berlaku apabila

briged gabungan menyerang pasukan berkuda

Kesatuan di bandar Gettysburg pada 1 Julai.

UMUM 
12345

Kembali ke atas