Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berke­lakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpt diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. berperangai mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lakong I nama[l:A.kN]kata namaperangai, kelakuan.Lakong budok loni mace-mace.[l:A.kN bu.d/ l:.ni mA.tSE.mA.tSE]Perangai budak-budak sekarang berbagai-bagai.
do’oh lalu[d:/.h lA.lu] berkenaan perangai yang keterlaluan, berlebih-lebih, melampau.Pranga mung tu do’oh lalu, sebak tu nyo beci ko ore.[pÄA.NA muN tu d:/.h lA.lu s«.bA/ tu ø b«.tSi k .ÄE]Perangai kamu tu keterlaluan, sebab tu dibenci orang.
   2. berkenaan perangai lekas marah, garang.Diyo tu lokek, tok soh dok bekkok sloro la.[di.j tu l.kE/ t/ sh do/ b:E/.k/ sl.č lA]Dia tu garang, jangan bergurau dengannya.
tlajok[tlA.dZ/]kata adjektifberkenaan perangai, tingkah laku dan lain-lain yang melampau, sangat.Budok tu gak jahak tlajok, abih bare ore diyo curi.[bu.d/ tu gA/ dZA.hA/ tlA.dZ/ A.bih bA.ÄE .ÄE di.j tSu.Äi]Budak tu terlampau jahat, semua barang orang dicurinya.
glenya[gl«.øA]kata adjektifberkenaan perangai perempuan yang suka bergaul bebas, gatal; gletah.Mung ni jange dok glenya gak, nyo beci ko ore.[muN ni dZA.NE do/ gl«.øA gA/ ø b«.tSi k .ÄE]Kamu ni jangan gatal, nanti dibenci orang.
cakduh[tSA/.duh]kata adjektifberkenaan perangai seseorang yang cuai semasa melakukan sebarang pekerjaan, tidak berhati-hati, tidak teliti, tidak bertanggungjawab.Kalu kito wak krijo cakduh, ore tok cayo doh ko kito.[kA.lu ki.t wA/ kÄi.dZ tSA/.duh .ÄE t/ tS:A.j dh k Kalau kita buat kerja tak berhati-hati, orang tak percaya lagi kepada kita.
bereng[b«.ÄeN]kata adjektifberkenaan perangai seseorang yang jahat seperti samseng; gedebe.Jange dok bereng sangak gak, nyo beci ko ore.Jangan jahat sangat, nanti dibenci orang.
barok[bA.č/]kata adjektifberkenaan perangai dalam keadaan keterlaluan seperti jahat, nakal dan lain-lain.Budok tu barok bena kapong diyo.[bu.d/ tu bA.č/ b«.nA k:A.poN di.j]Budak tu jahat sungguh di kampung dia.
aya[A.jA]kata adjektifberkenaan perangai, tingkah laku yang banyak kerenah atau ragam, biasanya kanak-kanak.Budok tu banyok aya, sebak tu keno maroh ko ayoh diyo.[bu.d/ tu bA.N/ A.jA s«.bA/ tu k«.n mA.čh k ]Budak tu banyak kerenah, sebab tu dia dimarahi ayahnya.
gletah[gl«.tA)h]kata adjektifberkenaan perangai perempuan yang bergaul bebas, gatal; glenya.Mung ni jange dok gletah gak, udoh ngeleh.[muN ni dZA.NE do/ gl«.tA)h gA/ u.doh N«.leh]Kamu ni jangan gatal, tak elok dipandang.
12

Kembali ke atas