Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berke­lakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpt diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. berperangai mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merak[m«.ÒA/]kata adjektifsombongKalu perangai merak sampai lagu tu, sapa pon tak buloq nak bekawan.[kA.lu p«.ÒA.NAj m«.ÒA/ sAm.pAj lA.gu tu sA.pA pon tA/ bu.lo)Ö nA/ b«.kA.wAn]Kalau perangai sombong seperti itu, siapa pun tidak ingin hendak berkawan.
   2. rasa meluat atau benciNaek melugai aku bila tengok perangai budak-budak muda tu.[nAe/ m«.lu.gAj A.ku bi.lA tE.N/ p«.ÒA.NAj bu.dA/.bu.dA/ mu.dA tu]Naik meluat saya apabila melihat perangai budak- budak muda itu.
kelaku[k«.lA.ku]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang menunjukkan perangai yang tidak manis atau tidak elok.Bila orang mai dia pon mola tunjok kelaku.[bi.lA .ÒAN mAj di.jA pon m.lA tun.dZo/ k«.lA.ku]Bila orang datang dia pun mula tunjuk perangai.
   2. gatal atau miang berkenaan perangaiKita ni pompuan, tak elok merenyau lagu tu.[ki.tA ni pom.pu.wAn tA/ E.l/ m«.Ò«.øAw lA.gu tu]Kita ini perempuan, tidak elok berperangai miang seperti itu.
galak[gA.lA]kata adjektif1. berkenaan dengan perangai yang gatal.Tera umoq dia pon dok galak kacau anak dara orang.[t«.ÒA u.mo)Ö di.jA pon do/ gA.lA/ kA.tSAw A.nA/ dA.ÒA .ÒAN]Umur seperti dia pun masih gatal mengacau anak dara orang.
merela[m«.Ò«.lA]kata adjektifgatal atau miang berkenaan perangai seseorangBudak pompuan tu merela sangat, aku naek meluat tengok dia.[bu.dA/ pom.pu.wAn tu m«.Ò«.lA sA.NAt A.ku nAe/ m«.lu.wAt tE.N/ di.jA]Budak perempuan itu sangat gatal, saya jadi benci melihatnya.
jemuan[dZ«.mu.wAn]kata adjektiftersangat nakal.Dia dari kecik sampai besaq perangai dok jemuan lagu tu la.[di.jA dA.Òi k«.tSi/ sAm.pAj b«.sA)Ö p«.ÒA.NAj do/ dZ«.mu.wAnlA.gu tu lA]Sejak dari kecil sampai besar perangainya tersangat nakal.
jerelon[dZ«.Ò«.lon]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang tidak terdedah kepada sesuatu yang baru seperti fesyen, makanan, percakapan dan lain-lain; daoh.Hang ni pelek la, dah lama dok di pekan hang dok ikot perangai jerelon lagi.[hAN ni p«.lE/ lA dAh lA.mA do/ di p«.kAn hAN do/ i.kot p«.ÒA.NAj dZ«.Ò«.lon lA.gi]Awak ini peliklah, sudah lama tinggal di bandar masih mengikut perangai jerelon lagi.

Kembali ke atas