Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berke­lakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpt diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. berperangai mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Perangai Melayu lupa diriSyah Rul Aswari AbdullahHarian Metro18.10.2006
Perangai MelayuMasrina D. SBerita Harian (Sastera dan Budaya)03.10.2000
PerangaiA. Wahab AliBerita minggu19.05.1991
Perangai seperti tupaiPak SakoBacaria28.06.1986
Perangai sultan, kejatuhan MelakaAripin SaidUtusan Malaysia16.09.1994
Perangai jijik ahli politik didedahkan melalui cerpen 'Service Girl'Daniel Jebon JanaunBorneo Mail26.03.1995
PerangaiA. Wahab AliBerita Minggu07.05.1991
Ilukakan perangai sempurnakan ibadatTiadaUtusan Melayu24.06.1991
Sophia warisi perangai ayahAdam SallehHarian Metro13.09.1993
Tunku tegor perangai orang2 mudaTunku Abdul Rahman Putra al-HajWatan26.10.1979
12

Kembali ke atas