Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rang.ka.an] | ڤراڠکاءن

Definisi : ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.ka.an] | ڤراڠکاءن

Definisi : 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.ka.an] | ڤراڠکاءن

Definisi : 1 cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2 sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import) yg ditunjukkan dgn angka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM PERANGKAAN

Sistem perangkaan ialah cara mengira dan

menamakan nombor. Ia juga dikenali sebagai

sistem angka. Kita tidak boleh melihat atau

memegang nombor, kerana ia adalah idea. Tetapi

kita boleh menggunakan simbol untuk mewakili

nombor. Simbol ini dikenali sebagai angka.

Berikut ialah empat angka yang mewakili nombor

dalam setengah dozen: 6, enam, VI, dan llll l .

UMUM 
ALMANAK

Almanak ialah sebuah buku atau risalah, lazimnya

terbit setahun sekali. Buku atau risalah ini

mengandungi pelbagai jenis maklumat. Sebuah

almanak biasanya mempunyai takwim, tarikh dan

peristiwa ulung, pergerakan bintang-bintang, dan

fakta mengenai kerajaan, sejarah, geografi, dan kaji

cuaca. Ia mungkin memaparkan juga perangkaan

mengenai populasi, industri dan pengeluaran

ladang.

UMUM 
NOTASI

Notasi adalah sebarang sistem simbol dan

kependekan yang membantu manusia bekerja

dengan sesuatu subjek tertentu. Bidang matematik

menggunakan notasi untuk memudahkan dan

menggabungkan idea dan masalah. Sistem angka

Arab ialah alat notasi bagi menulis nombor dan

membuat aritmetik dan cabang aritmetik lain yang

lebih mudah. Bidang kimia, muzik, dan lain-lain

subjek mempunyai sistem notasi.

Lihat juga Muzik (Notasi muzik) ; Simbol; Sistem

perangkaan.

UMUM 

Kembali ke atas