Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : perkakas utk menangkap bina­tang (kandang yg pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : 1. alat utk menangkap (kancil, harimau, dll), jebak: kami ke hutan menahan ~; 2. ki tipu muslihat utk memperdaya dll orang: Firdaus pasti masuk ~ Israel kali ini; aku terkurung dlm ~ serba salah; ~ laju sistem yg digunakan oleh pihak polis utk mengesan pemandu kenderaan (kereta dsb) yg memandu melampaui had laju yg dibenarkan di jalan raya tertentu; ~ maut sesuatu (bangunan, tempat, keadaan dsb) yg berbahaya dan boleh meragut nyawa seseorang; memerangkap 1. menangkap orang dll dgn perangkap, menjebak; 2. ki menipu, memper­daya: hatinya ragu-ragu Dang Kenanga datang hendak ~nya dan membuat fitnah; terperangkap 1. kena perangkap, terku­rung, tertangkap: mereka menyelamatkan pekerja-pekerja yg ~ dlm lombong; 2. ter­pedaya, tertipu: Aini sedar bahawa dirinya benar-benar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : 1 perkakas yg pelbagai jenis dan bentuknya, digunakan utk menangkap binatang (biasanya diletakkan umpan pd perkakas tsb): ~ tikus; ~ harimau. 2 ki tipu muslihat (utk memperdaya orang): Dia mencuba memasang ~ dgn menuturkan kata-kata yg manis. ~ laju kawasan tertentu di bahagian jalan raya atau lebuh raya tempat kamera dsb digunakan bagi mengesan kenderaan yg dipandu melebihi had laju yg ditetapkan. ~ maut sesuatu, spt tempat yg berbahaya, keadaan yg tidak selamat yg boleh meragut nyawa. memerangkap 1 menangkap binatang dgn menggunakan perangkap. 2 ki menangkap orang dgn menggunakan helah; memperdaya. terperangkap 1 kena tangkap dgn perangkap; masuk ke dlm perangkap. 2 ki tertipu; terpedaya. pemerangkap orang yg memerangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangkap (kata nama)
Bersinonim dengan jerat, jebak, simbat, lapun, apit-apit, lapoi;,
Kata Terbitan : memerangkap, terperangkap,

Puisi
 

Naik bukit meraut nibung,
     Buat perangkap musang jebat;
Penyakit lain boleh ditanggung,
     Penyakit rindu tak ada ubat.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Perangkap kejujuran dalam novel AziziAgaMingguan Timur24.10.1982
Perangkap DendamFahrizalSatria29.11.1996
PerangkapGhazali LatihUtusan Melayu07.05.1998
Perangkap MautNoraHarian Nasional08.02.1984
Perangkap Labah-labahSafri AliBerita Minggu15.07.1990
Perangkap KasihRozita Abdul LatiffPentas Dunia25.06.1995
Perangkap KasihRozita Abdul LatiffPentas Dunia02.07.1995
"Perangkap" kisah pemuda berlagak intlek di TV esokZainuddin BendaharaBerita Harian06.10.1973
Perangkap CintaSasMingguan Wanita11.12.1992
Perangkap EmasKhadijah HashimBerita Minggu02.11.1980
123

Kembali ke atas