Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : perkakas utk menangkap bina­tang (kandang yg pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : 1. alat utk menangkap (kancil, harimau, dll), jebak: kami ke hutan menahan ~; 2. ki tipu muslihat utk memperdaya dll orang: Firdaus pasti masuk ~ Israel kali ini; aku terkurung dlm ~ serba salah; ~ laju sistem yg digunakan oleh pihak polis utk mengesan pemandu kenderaan (kereta dsb) yg memandu melampaui had laju yg dibenarkan di jalan raya tertentu; ~ maut sesuatu (bangunan, tempat, keadaan dsb) yg berbahaya dan boleh meragut nyawa seseorang; memerangkap 1. menangkap orang dll dgn perangkap, menjebak; 2. ki menipu, memper­daya: hatinya ragu-ragu Dang Kenanga datang hendak ~nya dan membuat fitnah; terperangkap 1. kena perangkap, terku­rung, tertangkap: mereka menyelamatkan pekerja-pekerja yg ~ dlm lombong; 2. ter­pedaya, tertipu: Aini sedar bahawa dirinya benar-benar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : 1 perkakas yg pelbagai jenis dan bentuknya, digunakan utk menangkap binatang (biasanya diletakkan umpan pd perkakas tsb): ~ tikus; ~ harimau. 2 ki tipu muslihat (utk memperdaya orang): Dia mencuba memasang ~ dgn menuturkan kata-kata yg manis. ~ laju kawasan tertentu di bahagian jalan raya atau lebuh raya tempat kamera dsb digunakan bagi mengesan kenderaan yg dipandu melebihi had laju yg ditetapkan. ~ maut sesuatu, spt tempat yg berbahaya, keadaan yg tidak selamat yg boleh meragut nyawa. memerangkap 1 menangkap binatang dgn menggunakan perangkap. 2 ki menangkap orang dgn menggunakan helah; memperdaya. terperangkap 1 kena tangkap dgn perangkap; masuk ke dlm perangkap. 2 ki tertipu; terpedaya. pemerangkap orang yg memerangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangkap (kata nama)
Bersinonim dengan jerat, jebak, simbat, lapun, apit-apit, lapoi;,
Kata Terbitan : memerangkap, terperangkap,

Puisi
 

Naik bukit meraut nibung,
     Buat perangkap musang jebat;
Penyakit lain boleh ditanggung,
     Penyakit rindu tak ada ubat.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
combination trapperangkap gabunganKejuruteraanTiadaPerangkap hidrokarbon yang mempunyai ciri perangkap stratigrafi dan perangkap struktur.
anticlinal trapperangkap antiklinKejuruteraanPetroleumSejenis perangkap hidrokarbon yang berbentuk antiklin dan petroleum terkumpul di puncaknya. Perangkap jenis ini biasanya terbentuk akibat bentuk struktur lapisan batuan yang terdapat di subpermukaan iaitu struktur yang terdapatnya batuan tukup yang tak telap di bahagian atas batuan yang poros. Batuan tukup tersebut akan menghalang petroleum daripada terus mengalir sehingga petroleum akan berkumpul di batuan poros berkenaan.
combination trapperangkap gabunganKejuruteraanPetroleumPerangkap hidrokarbon di subpermukaan yang mempunyai kedua-dua ciri iaitu ciri pengaruh stratigrafi dan pengaruh struktur. Perangkap jenis ini lebih kerap ditemui.
air entrained concretekonkrit perangkap udaraKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang dihasilkan dengan mencampurkan agen perangkap udara kepada konkrit yang baru disediakan. Konkrit perangkap udara penting untuk menjaga ketahanan struktur lebih-lebih lagi di negara-negara yang beriklim sejuk serta mempunyai perubahan suhu yang amat tinggi seperti di United Kingdom, Eropah juga di Timur Jauh seperti Jepun dan Australia.
stratigraphic trapperangkap stratigrafiKejuruteraanPetroleumPerangkap hidrokarbon di subpermukaan yang terdiri daripada lapisan batuan sedimen yang tak tercangga dan di dalamnya minyak/gas terhimpun disebabkan oleh faktor-faktor stratigrafi; umpamanya perubahan fasa stratigrafi atau penipisan lapisan hingga menjadi ramping, lapisan batuan boleh membaji atau meramping dan jika terapit oleh lapisan batuan yang tak telap bahagian yang membaji ini boleh bertindak sebagai perangkap. Semasa perubahan fasa stratigrafi, batuan itu secara beransur-ansur berubah menjadi batuan yang tak telap dan sehingga dengan sendirinya lapisan batuan itu bertindak sebagai perangkap.
decision trapperangkap keputusanPengurusanPerancanganKeadaan yang mengekang atau menghalang keberkesanan sesuatu proses pembuatan keputusan. Perangkap keputusan akan mengakibatkan keputusan yang dibuat kurang tepat ekoran kesilapan atau kelemahan dalam proses pembuatan keputusan. Antara contoh keadaan yang boleh menjadi perangkap keputusan ialah alternatif-alternatif keputusan yang tidak ditakrif dengan jelas, kegagalan untuk mengumpul maklumat yang tepat, pertimbangan kos-faedah yang tidak dilakukan dengan baik dan pembuat keputusan yang bersikap berat sebelah.�Lihat juga proses pembuatan keputusan.
pollen trapperangkap debungaPertanianAgronomi

Perangkap yang dipasang pada pintu masuk kotak lebah untuk mendapatkan  debunga. Lebah-lebah yang membawa pulang debunga diasuh untuk memasuki lubang yang diperbuat daripada wayar halus untuk memisahkan debunga daripada badan lebah. Debunga yang terpisah dikumpulkan di dalam bekas yang disediakan. Perangkap debunga hanya dipasang semasa musim berbunga.

fault trapperangkap sesarGeologiTiadaPerangkap hidrokarbon di subpermukaan yang terjadi akibat penyesaran.
permeability trapperangkap kebolehtelapanGeologiTiadaPerangkap untuk minyak atau gas yang terbentuk oleh variasi sisi kebolehtelapan di dalam lapisan reservoir.
anticline trapperangkap antiklinKejuruteraanTiadaPerangkap hidrokarbon yang terbentuk pada struktur batuan yang mungkum ke atas.
12345678910...

Kembali ke atas